Cabaran Internet 100MB sebulan

Cabaran Internet 100MB Sebulan

Salam. Tidak dinafikan dalam dunia serba canggih ini, melanggan ‘mobile Internet’ adalah satu kepastian. Lebih lagi dengan memiliki telefon pintar, Internet adalah satu keperluan untuk melengkapkan fungsi serba canggih yang dimiliki gajet tersebut.

Banyak plan yang ditawarkan oleh penyedia telekomunikasi tempatan dengan harga serendah RM30 untuk Internet kuota 1GB hinggalah RM68 untuk kuota 3GB. Syarikat penyedia berlumba-lumba untuk menawarkan servis yang terbaik pada harga yang termurah.


Saya menganjurkan cabaran Internet 100MB sebulan, untuk mencabar diri sendiri untuk tidak bergantung kepada Internet apabila berada di luar. Saya hanya akan gunakan Internet di rumah atau pejabat, dan bergantung kepada 100MB yang dibekalkan dalam plan #Hotlink.

Jadi bagaimana hasilnya? Mampukah saya ‘survive’ di dunia luar dengan hanya 100MB? Jawapannya, Ya! Tapi Internet 100MB percuma dalam plan #Hotlink masih ada kekangan. Contohnya ketika terdesak nak gunakan Waze, anda perlu tunggu lebih lama untuk loading. Kalau nak main Facebook pun, lagi selesa dengan versi mobile. Benda percuma, biasa lah!

Ternyata Internet percuma ini mampu berikan anda sedikit nyawa untuk terus hidup ketika berada di luar, tetapi jika anda seorang pengguna Internet tegar, anda wajib teruskan langganan Internet bulanan anda.

Ada yang nak cuba?

Comments

9 responses to “Cabaran Internet 100MB sebulan”

  1. Manan Qayyim Avatar

    aku tak mampu … sbb guna enset utk jadi kan hotspot

  2. ainun Avatar

    wah…cabaran susah ni bagi saya…100mb memang tak cukup

  3. amirulfaiz Avatar

    Semoga berjaya tuan. InsyaAllah, dengan keazaman yang kental, tuan pasti boleh.

  4. titan Avatar

    aku guna wifi aje.

    mana ada wifi..memang lama la aku dok situ. haha..

  5. Alongxp Avatar

    Kalau aku boleh kot, sebab kat opis dah ada wifi, wlaupun limited, banyak yang tak boleh diakses, tapi setakat nak cek emel, whatsapp, nk google maklumat, ok lagi…
    kat umah pon dh memang ada wifi, lagipun aku jarang merayap… so setakat 100 mb tu rasenye boleh…. kadang2 kite kena latih diri kita untuk spend kurang dari kemampuan kita… kan?

  6. Sobri Mansor Avatar

    Memang tak mampu wooo… Nak update blog pun sekarang ni pakai wordpress versi mobile. Nak update kerja harian pun kena pakai internet. Serius memang tak mapu. huhuhu

  7. Hafizul Avatar

    Haha…100MB memang tak lepas la haa…nak blogwalking pun semput aje…tahniah sebab berjaya cabarkan diri dalam cabaran anjuran sendiri ni..haha

  8. Fadhil Avatar

    100mb. pakej aku ada 1gb. rugi pulak tak pakai. tapi sapa2 yang join cabaran ni, sangat bagus. kurang2kan la sikit main henset tu. tengok sikit dunia luar.

  9. sabree hussin Avatar

    100mb je? cukup ke ish3 kalau saya memang tak cukup la…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *