Bye Bye Maxis Broadband

Bye Bye Maxis Broadband

Bye Bye Maxis Broadband

Baru Ahad lepas, Adam melanggan Maxis Broadband 3GB dengan kelajuan sehingga 7.2 Mbps. Tidak dinafikan, kelajuan yang ditawarkan sangat mengujakan. Manakan tidak, kelajuan sepanjang tiga hari ini maintain sehingga petang tadi. Entah dimana silap, modem USB mencatatkan penggunaan mencecah 3GB dalam tiga hari ini! Walaupun kerap menggunakan untuk update blog dan melayari Internet tetapi masakan sampai 3GB?

Selepas anda mencapai 3GB, Maxis akan throttle kelajuan kepada 128 Kbps. Teruknya! Dengan kelajuan ini apa boleh saya buat? Tidak boleh buat apa walaupun periksa e-mail di GMail! Mungkin saya perlu upgrade ke pakej 12GB dengan bayaran RM198 sebulan dengan cara penggunaan saya yang melampau ini?

Saya berminat untuk mencadangkan kepada Maxis Telecommunication untuk mengubah polisi mereka yang boleh dikatakan keterlaluan ini. Selamat Tinggal Maxis Broadband!

Comments

29 responses to “Bye Bye Maxis Broadband”

  1. shazwan Avatar

    aku pnye celcom speed 512kbs 5gb quota/month…pakai seminggu ja terus habis bandwidth..last2 aku terminate je..sblm tu speed dia 384 kbs lam sebulan pn x sampai 5gb aku pkai..semenjak celcom upgrade speed mmg cpt habis..

    Patut kerajaan mansuhkan quota dan upkan lg speed..sedangkan indonesia negara yg m****n tu pn 48 mbs speed dorang..

    1. Adam Roslan Avatar

      Ha. Setuju kalau kuota dihapuskan. Lagipun ISP yang control semua ni. Nak untung lebih, hadkan kuota dan galakkan user untuk sentiasa topup.

      Tapi tak dinafikan speed Maxis Broadband memang laju. Bila terlampau laju, semua benda nak didownload. Memang cepat habis kuota tu. Haha.

  2. pak long Avatar

    salam..
    tu namanya mexSHIT…..dah kena dah cam tu…bengangggggggggg

    1. Adam Roslan Avatar

      Haha. Sabau Pak Long. Teknik berniaga, mestila nak paksa kita beli lagi daripada deorang. So kalau nak guna, pastikan speed ala kadar saja kalau laju sangat nanti kita pulak yang excited. :)

  3. predictor Avatar

    memang cekik darah..

  4. rashid Avatar

    Pape pun, saya sarankan pakai streamyx la..hehe..eh, cepatnye 3Gb abis gitu??kejam gak…hmmm, cuba saudara chek, kadang2 windows download update and mungkin itu juga sebab kenapa bandwith lenyap secara misteri..

    1. Adam Roslan Avatar

      Sepatutnya memang nak pasang Streamyx, tak ada capped dan tak ada throttle yang teruk macam mobile broadband yang ada di Malaysia ni. Selepas habis kuota, terus throttle jadi 128kbps. Tapi kalau tak silap, Celcom saja yang baik hati sebab dia throttle takdela sampai 128kbps, sikit saja daripada 512kbps yang dia offer tu.

      Itu boleh jadi sebab jugak sebab saya guna Mac, kawan saya yang guna Windows rilex saja, baru guna 20MB. Haha.

  5. Anarm Avatar

    tindakan yg sangat bernas.. memang patut sgt la bye2 kat maxisbb tu..

    1. Adam Roslan Avatar

      Bro Anarm, lepas dah terminate Maxis nak guna apa pulak? Haha.

  6. fang Avatar

    hi hi nice to meet you here, thanks for visiting my blog, hope to see your visit again soon, have a nice day !! =D

    1. Adam Roslan Avatar

      Thankyou for visiting my blog too, Fang ;)

  7. iera Avatar

    alamak , eden tidak tahu menahu psl broadband ! hahaha :D tp kdgrn mcm teruk jeh mslh yg melanda cik adam ni . siput ckp kpd cik adam : lambat mcm siput lah ! hahaha. tu mksudnye kn? :D

    1. Adam Roslan Avatar

      Haha. Thank you for dropping by.

      Orang yang merantau ni kenalah ada mobile broadband, baru senang nak akses kepada Internet. Kalau nak harap pergi cari public WIFI memang susah le. Macam mana kerja nak jalan ye tidak?

      Kalau boleh duduk rumah yang ada Streamyx ke, UniFi ke, hebatlah. Tak payah pening pasal Mobile Broadband ;)

  8. sygsal Avatar

    alkasisahnya yer….pengunaan yang terlampau banyak tu….he he he…cabaran-cabaran….:)

    1. Adam Roslan Avatar

      Hehe. Eksited kan. Sekali guna terus habis semua.

  9. teratai Avatar

    masih setia dgn celcom broadband!

    1. Adam Roslan Avatar

      Dulu saya pernah guna Celcom Broadband, antara pengguna terawal sebab nak beli kena bayar RM800 untuk modem. Sekarang modem dah dibagi percuma. Tapi servis pulak yang kadang-kadang buat orang marah.

      Tapi pada pendapat saya Celcom sebenarnya ada kelebihan sendiri sebab agak laju dan coverage yang luas.

  10. kakyong Avatar

    kakyong setia dgn streamyx ajer.. tp kalo yg selalu travel, sure la nak guna BB kan..

    1. Adam Roslan Avatar

      Setuju dengan Kak Yong :)

  11. NoReason Avatar

    jom langgan unify haha…nyampah tol ngan bb nih

  12. epoiasad Avatar
    epoiasad

    pakai la P1..laju…quota byk n murah..boley bwk g mne2 plk tu..

    1. Adam Roslan Avatar

      P1 pun sekarang tengah buat promotion. Boleh saje kalau nak terus sebat. Tapi pastikan kawasan perumahan ada coverage ;)

  13. kin Avatar

    xbest ek…baru ingat nk pkai gak…broadband apa yg best tuk dipakai?tuk org yg rajin online?

  14. Mizz Coki Avatar

    Mizz Coki dah guna Maxis lam 3-4 bulan ni, memanglah dia cepat habis bandwith sebab masa mula2 tu M.C amik 3GB tapi macam x puas lah skrg dah upgrade tambah lebih sikit RM98 sebulan dapat 6GB tapi bila tengok bill, mmm dia mintak byran tak sampai RM68 pun. mmg puas hati sangat dgn Maxis sebab dulu M.C guna Celcom yg x guna tu!

    1. Adam Roslan Avatar

      Ha. Kalau ada bajet lebih boleh kan terus upgrade jadi 6GB bayar RM98.

      Macam mana tu dia mintak bayaran tak sampai RM68? Bergantung kepada penggunaan ke?

  15. Haz Avatar

    kalau ada broadband yg unlimited penggunaan dia mesti bestkan..

  16. myFirdaus Avatar

    salam. bro, masalah ko sama ngan aku. tapi, disebabkan maxis serve the best speed ever kat uitm dungun, maka 12Gb aku subscribe. ko bayangkan lah, 6Gb pon masih x mencukupi, maka 12Gb laa menjadi pilihan disebabkan aku bukan jenis layan speed yang slow, so nak elak dr speed slow dek kehabisan bandwidth, aku top-up speed smpaikan bill bulanan mencecah rm260. so, nak elakkan bill mahal, aku subscribe 12Gb.

  17. melvin Avatar
    melvin

    saya sedang pakai 6gb kalau saya upgrade macam mana??terus masa tu upgrade kah atau bulan baru baru upgrade???tak paham benda ini????

  18. hafiz Avatar
    hafiz

    just share tuan, sy pki maxis rm48..pastu langgan vpn RM5…broadband akan jdi unlimited…speed klo dpt line 3g blh pegi 2mbps, puas hati pakai….detail kat sini http://tinyurl.com/unlimitedbroadband

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *