Tag: Laksa

  • Makan Makan di Perlis

    Makan Makan di Perlis

    Hari ini saya terima satu rombongan dari Kuala Lumpur. Mereka yang saya maksudkan ialah Hadri Hamzah, Mohd Azamudin, Muhammad Fathi, Mohd Helmi dan Khairul Izzuan. Mereka kini sedang bercuti satu Malaysia dengan mengunjungi negeri-negeri di Utara dan Pantai Timur. Ikut plan, harini mereka berada di Perlis dan esok akan berada di Kelantan dan Terengganu.

    Mereka tiba di Jejawi sekitar jam 11.35 pagi dan dibawa ke Padang Besar untuk menikmati suasana beli belah yang tidak ada di tempat lain. Di Padang Besar, mereka boleh tawar menawar sehingga puas hati. Selesai, kami ke Hutan Lipur Bukit Ayer untuk menikmati deruan air dari Bukit Ayer bagi menghilangkan rasa letih. Kemudian kami menuju ke Kuala Perlis untuk menikmati angin kencang di sana. Dan, sebagai penutup majlis, kami ke Laksa Beras Kak Su Kuala Perlis.

    Betul, Perlis kaya dengan pelbagai jenis makanan. Di Padang Besar, kami kena 3 pinggan Pulut Ayam. Di Kuala Perlis, 7 pinggan Laksa, dan terlepas hidangan Pulut Udang. Kemudian Amzar dan Nashrul tiba, kami tibai lagi ikan bakaq dan sotong goreng tepung. Nikmat. Ronda dan Makan di Perlis.

    7 Laksa
    Mambau, Ais Krim, Fathi, Mambai & Amzar

    Ini acara sampingan. Sementelahan kedatangan Tengku Nashrul dan Amzar Anaqi di bumi Perlis, saya dan Hafiz Hakimi menggunakan peluang yang anda untuk terus makan ikan bakar. Lalu, inilah hasilnya. RM132.70.

    RM45
    Cuba teka ikan apa.
    Tembikai Gelas Besaq.

  • Laksa Beras & Pulut Udang

    Laksa Beras & Pulut Udang

    Sempena Hari Keputraan DYMM Tuanku Raja Perlis, saya bersama Amran Ali ke Kuala Perlis untuk menikmati Laksa Beras Kak Su di sana. Perancangan lewat petang ini hanya disertai oleh kami berdua memandangkan yang lain masih lagi asyik dibuai mimpi akibat keletihan seharian di atas kereta dari Putrajaya ke Kangar.

    Kedai Laksa Beras Kak Su adalah salah satu kedai Laksa Beras yang terbaik yang pernah saya makan. Penuh dengan nilai-nilai Laksa sejati dengan kuah yang pekat dan isi ikan yang lemak. Terima kasih kepada Amran Ali kerana membelanja Laksa Beras dan Pulut Udang.

  • Bihun Sup & Pomen Moto

    Bihun Sup & Pomen Moto

    Harini merupakan hari kedua negeri Perlis dilanda hujan lebat. Kalau semalam tiada apa yang berlaku, hari ini palung air di rumah mengalami sedikit kerosakan. Namun, sawah di belakang rumah pasti akan menjerit kegembiraan apabila mereka mendapat air dan menyimpan sedikit air di dalam tanah liat berbanding tanah yang kering dan merekah beberapa hari sebelum ini.

    Peristiwa hujan lebat berakhir sekitar jam empat selepas selesai membuat sedikit kerja-kerja DIY di rumah dan Bugis mengajak makan petang (dibaca makan tengahari) di Mami. Mami ialah port lepak anak muda termasuk saya semasa zaman sekolah menengah hingga sekarang. Memandangkan sejak balik ke Kangar saya sekali pun tidak menjengah Mami dan Mak Ngah serta Pak Ngah di kedai, saya terus bergegas ke sana mendapatkan Bugis.

    Apa yang menjadi favourite di kedai ini ialah ais kacang dan bihun supnya. Murah dan sedap, itulah yang menggambarkan segala-galanya. Tapi versi bihun sup di sini ialah bihun sup putih dan bukannya bihun sup kuning yang biasa kita makan di sekitar Kuala Perlis. Bihun sup daripada kategori ini sangat berbeza dengan apa yang ada di Kuala Perlis dan berbeza sangat dengan Bihun Sup Ayam Fatin Corner. Saya akan review bihun sup itu kemudian. Total, RM 3.50.

    Selepas makan, kami ke Arau untuk berjumpa Anuar IT Services bagi mendapatkan upah kerja. Juga sempat ke C-Mart Arau Mall, tapi tiada gambar untuk tatapan anda. Menarik. Satu arus perubahan yang dibawa oleh Chin Hin Jitra.

    Setibanya di rumah, saya menggunakan kepakaran yang ada untuk mengubah clutch LC135 dengan memutar skru di handle bar. Mari saya ajar bagaimana untuk mengubah clutch dari clutch panjang ke clutch pendek.

    Apa yang perlu ialah ubah skru dengan playar dan ketatkan sehingga anda mencapai takat yang diinginkan. Sekian.