Selepas berhempas pulas bertarung dalam Piala Malaysia edisi 2011, akhirnya dua pasukan gah Terengganu dan Negeri Sembilan akan beraksi di pentas akhir Piala Malaysia 2012. Terengganu kali terakhir beraksi di pentas akhir Piala Malaysia pada tahun 2001 dengan menjadi juara menewaskan Perak, 2-1. Negeri Sembilan yang tewas pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 kepada Kelantan pasti mahu bangkit menjulang piala keagungan bola sepak tempatan ini.
Kosmo melaporkan, TERENGGANU dan Negeri Sembilan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 selepas meraih kemenangan ke atas lawan masing-masing pada aksi separuh akhir kedua malam tadi. Negeri Sembilan yang melayan kunjungan T-Team di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi menang 2-1 sekali gus mara dengan agregat 6-3.
Pada aksi separuh akhir pertama sebelum ini, Negeri Sembilan menang 4-2. Terengganu pula mara dengan agregat 4-1 selepas membenam Selangor 2-1 pada aksi kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Pada separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam, Isnin lalu, gergasi Pantai Timur itu melakar kemenangan 2-0 sekali gus memusnahkan ‘Misi 33’ skuad bimbingan P. Maniam itu. Final Piala Malaysia 2011 akan berlangsung pada 29 Oktober ini di Stadium Shah Alam.
Other articles you might like;
baru mantap.kalau la final terengganu vs t-team,tak ke susah rakyat terengganu nak sokong mana satu.hehe :D
kne tgk nih