Tag: Keputusan Malaysia lwn Indonesia

  • Tahniah Harimau Malaya!

    Tahniah Harimau Malaya!

    Seperti yang diramalkan, Malaysia akhirnya berjaya menjulang Piala AFF Suzuki 2010 walaupun tewas 2-1 di Stadium Glora Bung Karno, Jakarta hari ini. Walaupun tewas, skuad Harimau Malaya menang dengan agregat 4-2. Safee Sali sekali lagi menjadi wira Malaysia apabila menjaringkan gol pada minit ke-54.

    Indonesia sebelum itu mempunyai peluang menjaringkan gol pada minit ke-15 tetapi sepakan penalti Firman Utina berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat. Indonesia akhirnya mendapat gol penyamaan pada minit ke-72 hasil jaringan Mohammad Nasuha. Pada minit ke 88, Indonesia mendapat gol kedua selepas sepakan Muhammad Ridwan terkena pertahanan Malaysia sebelum menerjah jaring.

    (more…)