MUFORS Road Reels & RM10,000

MUFORS (Malaysians Unite For Road Safety) sudah banyak kali memanggil saya dan rakan-rakan daripada Jabatan Penyiaran FKPM untuk menyertai Pertandingan Filem Pendek MUFORS Road Reels melalui poster-poster yang ditampal di sekitar fakulti sejak sebulan lepas.

Panggilan mereka benar-benar mengujakan dengan hadiah yang ditawarkan ialah RM10,000 kepada setiap pemenang bagi tiga kategori yang dipertandingkan. Tema yang dipertandingkan ialah “Attitudes on Roads – A Malaysian Journey” yang bertujuan untuk mengalakkan penuntut IPTA dan IPTS untuk sama-sama menyuarakan pendapat mereka (kami) tentang kesedaran keselamatan jalan raya di Malaysia disamping membantu MUFORS mempromosikan kempen keselamatan jalan raya kepada masyarakat sekitar.

Tiga kategori utama yang dipertandingkan ialah Filem Pendek, Khidmat Pesanan Masyarakat atau Mini Dokumentari dan Animasi.  Inilah masanya para penuntut IPTA dan IPTS menyuarakan pendapat mereka tentang kesedaran keselamatan jalan raya di Malaysia dan tabiat rakyat Malaysia semasa berada di atas jalan raya. Melihat kepada masa yang ada, saya seperti bercadang untuk turut serta. Maklumat lanjut pertandingan ini boleh didapati daripada laman web rasmi MUFORS di www.mufors.org.my. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 Oktober 2010.

Comments

8 responses to “MUFORS Road Reels & RM10,000”

  1. Dedoku Avatar

    Salah satu usaha dan kempen yg mungkin berjaya menyumbang ke arah penurunan kes-kes kemalangan maut kat negara ni. InsyaAllah

    1. Adam Roslan Avatar

      Sebenarnya golongan pelajar ini yang patut memainkan peranan paling besar kerana mereka mempunyai pengaruh yang kuat dalam menyampaikan sesuatu maklumat.

      Jadi ini salah satu caranya disamping berpeluang mendapat hadiah yang lumayan.

      Jom join.

  2. x-po Avatar

    kalau bro join, aku ucapkan gud luck ye :)

    1. Adam Roslan Avatar

      Terima kasih. Kalau tak ada aral melintang, saya pasti akan join.

  3. Amir Lampard Avatar
    Amir Lampard

    Wow Adam AMAZING

    1. Adam Roslan Avatar

      Jom Amir. Apa tunggu lagi.

  4. hans kacak Avatar

    ku nak join tapi xada geng
    lagipun busy dgn kuliah lagi
    haih

  5. azulhisyam Avatar

    last2 ang join dak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *