Program ini bermula pada hari Sabtu dan berakhir Selasa. Beberapa penyanyi dijemput menyerikan majlis, di samping beberapa selingan aktiviti diselitkan. Segala persiapan dijalankan beberapa bulan yang lalu, dan kini, hasilnya ditampilkan. Tujuannya cuma satu, untuk mendapatkan pengalaman bekerja sebenar di samping memperoleh markah untuk lulus dalam pelajaran yang diambil.
Empat kumpulan yang terdiri dari 44 mahasiswa kursus Penyiaran Fakulti Komunikasi Massa Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibahagikan dan empat dilantik sebagai produser mengetuai krew produksi masing-masing. Segala perancangan dibuat dengan teliti supaya program diketengahkan berjalan lancar.
Bermula dari mencari penaja dan artis sehinggalah penyediaan pentas, ia bukan satu tugas senang untuk dilakukan. Kumpulan mahasiswa ini menjadikan pengalaman berguna untuk kerjaya masa hadapan mereka.
Empat produksi dihasilkan iaitu Popup Selebriti, Klef Trebel, Akses Artis dan Konklusif. Keempat-empat produk ini menggambarkan hasil kreativiti mereka melaksanakan sesuatu program televisyen.
Menurut produser rancangan “Popup Selebritiâ€, Mohd Nasiruddin Norshidi, 24, bukan senang untuk mendapatkan seseorang artis untuk bekerjasama secara sukarela menjayakan program mereka.
“Popup Selebriti menampilkan Amylea Azizan Akedemi Fantasia musim ke-3 sebagai artis undangan. Dalam Popup Selebriti, kami beri pendedahan kepada penonton tentang perkembangan artis jemputan. Selain itu, kami juga meminta artis tersebut untuk mempersembahkan beberapa lagu. Kami turut menjemput artis undangan seperti penyanyi dari UiTM sendiri,†kata Nasiruddin ketika ditemui di studio mereka.
Bagi produser program rancangan Klef Trabel, Mohamad Izzuddin Hamdan, 22, pula berkata, kumpulannya menampilkan kumpulan nasyid Nowseeheart sebagai artis menyerikan rancangan mereka.
“Jika kita perhatikan, industri nasyid semakin berkurangan dan anak-anak muda pula tidak menggemarkan genre muzik sebegini. Jadi kami ingin memberitahu kepada remaja di luar sana, muzik nasyid kini sudah berubah bersesuaian dengan perkembangan zaman.
“Seperti kumpulan Nowseeheart, mereka menggunakan muzik moden dan mendendangkan lagu berunsur nasihat dan tidak terlalu ke arah ketuhanan. Alatan yang digunakan juga bukan lagi perkusi, malah mereka sejak dahulu lagi menggunakan gitar, piano dan juga alat muzik moden lain dalam irama mereka. Inilah yang cuba kami ketengahkan kepada remaja supaya kembali meminati nasyid,†kata Izzuddin.
Bagi Natrah Ahmad, 22, produser rancangan Akses Artis, program membuka peluang merapatkan hubungan sama ada dengan artis, penaja mahupun media.
“Untuk mendapatkan artis yang sanggup bekerjasama tanpa meminta sebarang bayaran memang sesuatu yang sukar. Kami berjaya juga harungi cabaran ini walaupun kesuntukan masa. Ia sukar tetapi menyeronokkan,†katanya.
Menurut Natrah, program Akses Artis menampilkan Altimet sebagai artis undangan di mana mereka menceritakan perkembangan artis tersebut termasuk mengikuti artis itu melakukan persembahan.
Menurut Mohd Ezzat Asyiq Azhar, 22, pula, program Konklusif menampilkan Atilia sebagai artis untuk program kumpulan mereka, pelbagai segmen diselitkan dalam program mereka.
“Ada program dilakukan secara life konsert, ada membuat permainan kuiz, ada juga sesi temu bual santai bersama artis. Seperti dalam Konklusif, kami membuka platform kepada penonton untuk mengetengahkan bakat mereka.
“Bakat tersebut akan dinilai oleh artis undangan. Kemudian ia terpulang kepada artis tersebut untuk mengambil mereka sebagai proteje atau sebagai artis untuk bergabung dengan mereka,†kata Ezzat.
* Sumber: Kampus Sinar Harian, 27 April 2011.
Other articles you might like;