Tag: bantuan rakyat 1malaysia

  • Permohonan BR1M 2.0 dibuka mulai 1 November ini

    Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 boleh dilakukan secara online di laman web Kementerian Kewangan atau menggunakan borang mulai 1 November ini.

    Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata borang permohonan boleh didapati di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri dan pejabat daerah.

    Katanya, bayaran BR1M 2.0 dijangka diagihkan pada awal tahun depan.

    Sumber: Permohonan BR1M 2.0 dibuka mulai 1 November ini

  • Maklumat dan Borang Bantuan Tunai RM500 – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

    Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.

    Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut:

    Talian hotline : 1-800-222-500 (Bebas Tol)
    Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)
    Emel : belanjawan2012@treasury.gov.my
    Perkhidmatan mulai 7 Disember 2011 (Rabu)

    (more…)