≡ Menu

Kementerian Pelancongan belanja RM1.8 juta untuk laman Facebook

Kementerian belanja RM1.8 juta untuk laman Facebook

Laporan Malaysiakini hari ini menyelar tindakan Kementerian Pelancongan Malaysia apabila mereka membelanjakan RM1.8 juta bagi mengendalikan sebuah laman Facebook untuk kementerian terbabit. Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke berkata sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma.

Tambah beliau, kerajaan boleh mendapatkan khidmat nasihat secara percuma daripada pelbagai pihak termasuk ahli parlimen Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat kerana masing-masing mempunyai akaun Facebook dan Twitter yang aktif sebagai medium untuk mendekatkan diri dengan rakyat.

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013.

Pendapat Loke dipersetujui Khairy Jamaluddin (Rembau) bahawa peruntukan RM 1.8 juta adalah satu pembaziran dan tidak setimpal dengan promosi yang dilakukan oleh syarikat terbabit kerana cuma 21,587 peminat menyertai laman itu.

Terkini: Amanz.my melaporkan bahawa melalui RM1.8 juta tersebut, ianya diketahui yang mana bukan sahaja mereka menghasilkan sebuah aplikasi permainan khas untuk mempromosikan Malaysia, tetapi juga diperkatakan telah digunakan dalam penjenamaan atas-talian bagi Tourism Malaysia, mengiklankannya secara atas talian, membuat pelbagai pertandingan, serta majlis pelancarannya dibeberapa buah negara.

Other articles you might like;

3 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3