≡ Menu

No Plat Gagasan 1 Malaysia (G1M)

No Plat Gagasam 1Malaysia (G1M)

Kelab  Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) menawarkan nombor plat kenderaan G1M1-2000 kepada rakyat Malaysia yang berminat sebagai satu usaha untuk mendapatkan penaja untuk Projek 7 Puncak 7 Benua 7 Nilai atau lebih dikenali sebagai “7 Summit’s Expedition” merupakan cabaran pendakian ke 7 puncak tertinggi di setiap benua dan hasil jualan akan diguna mengisi dana Yayasan Kebajikan Atlet Negara, Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia dan Yayasan Basmi Kemiskinan.

Nombor G1M 1 ditawarkan dengan harga minimum bidaan RM1 juta. Nombor G1M 2 hingga G1M 10 dibuka pada harga antara RM75,000 hingga RM250,000 dan nombor G1M yang lain boleh dimiliki antara harga RM1,500 hingga RM25,000.

Harga minimum untuk nombor plat G1M adalah seperti berikut:

  • SIRI NO GIM 1-1000
    Nombor Premium : RM 200,000.00
    Nombor Emas : RM 25,000.00
    Nombor Perak Pilihan : RM 17,000.00
    Nombor Perak : RM 10,000.00
    Nombor Gangsa Pilihan : RM 7,000.00
    Nombor Gangsa : RM 5,000.00
  • SIRI NO GIM 1001-2000
    Nombor Intan : RM 3,500.00
    Nombor Mutiara : RM 3,000.00
    Nombor Delima : RM 2,500.00
    Nombor Zamrud : RM 1,500.00

Kepada individu/syarikat yang berminat untuk menyumbang dan mendapatkan nombor plat G1M, pendaftaran nombor plat G1M hanya boleh didaftarkan di JPJ Wangsa Maju dan JPJ Pulau Langkawi atau anda boleh menghubungi Khairil Hafidz (012 2585159), 012 3336699 (Max) atau 012 2106699 (Ken).

Sumber: Syarat Tempahan Plat Gagasan 1Malaysia (G1M)

Other articles you might like;

2 comments… add one
  • AfsarOthmanan June 14, 2011, 12:03 pm

    Belajar pun tak habis lagi..tak mampu nak beli no plat tu..hihihi

    • Adam Roslan June 14, 2011, 12:58 pm

      Haha. Tak apa. Lagipun benda ini untuk charity, ada duit baru beli. Semestinya bukan keperluan tapi kehendak.

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3