iPhone 4, RM58 dengan Digi

Selepas dilancarkan pada Jumaat lepas, ramai yang bertanyakan saya tentang pakej iPhone 4 yang ditawarkan oleh Digi Telecommunication dan Maxis Telecommunication. Kesimpulan awal yang dapat saya simpulkan ialah memilih pakej Digi adalah pilihan yang bijak.

Digi telah menyediakan satu jadual perbandingan harga pakej yang ditawarkan dengan harga pesaing mereka, Maxis. Jika anda seorang pengguna biasa yang penggunaan Internet ialah paling minumum, memilih pakej RM58 adalah sangat sesuai. Harga muka untuk iPhone 4 16GB ialah RM2,090 dan RM2,490 untuk 32GB.

Jika anda masih keliru tentang apa yang ditawarkan oleh Digi, anda boleh rujuk jadual di bawah. Klik untuk Jadual Perbandingan Plan iPhone 4 Digi dan Maxis.

P/S: Sedang kumpul dana untuk menyambar satu iPhone 4 ni. InsyAllah :)

Comments

3 responses to “iPhone 4, RM58 dengan Digi”

  1. rashid Avatar

    Haha…makin pening kalau tengok table baru ni…hehe

    1. Adam Roslan Avatar

      At least dapat tengok perbezaan harga lebih rendah ditawarkan oleh Digi berbanding Maxis. Saya sarankan Digi. Tapi Maxis pun ada kelebihan sendiri :)

  2. dedoku Avatar

    semua berlumba nak sebat iphone 4. aku pun nak gak r..haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *