Tag: iPhone 4 Maxis

  • iPhone 4, RM58 dengan Digi

    iPhone 4, RM58 dengan Digi

    Selepas dilancarkan pada Jumaat lepas, ramai yang bertanyakan saya tentang pakej iPhone 4 yang ditawarkan oleh Digi Telecommunication dan Maxis Telecommunication. Kesimpulan awal yang dapat saya simpulkan ialah memilih pakej Digi adalah pilihan yang bijak.

    Digi telah menyediakan satu jadual perbandingan harga pakej yang ditawarkan dengan harga pesaing mereka, Maxis. Jika anda seorang pengguna biasa yang penggunaan Internet ialah paling minumum, memilih pakej RM58 adalah sangat sesuai. Harga muka untuk iPhone 4 16GB ialah RM2,090 dan RM2,490 untuk 32GB.

    Jika anda masih keliru tentang apa yang ditawarkan oleh Digi, anda boleh rujuk jadual di bawah. Klik untuk Jadual Perbandingan Plan iPhone 4 Digi dan Maxis.

    (more…)

  • iPhone 4 Digi dilancar Jumaat ini

    iPhone 4 Digi dilancar Jumaat ini

    Digi Telecommunication hari ini menerbitkan ‘teaser’ tentang kedatangan iPhone 4 di Digi Centre seluruh Malaysia pada 24 September 2010 bersamaan dengan hari Jumaat. Namun dalam laman web rasmi iPhone 4 Digi belum memuatkan sebarang informasi berkaitan harga atau plan yang ditawakan mereka. Jika anda seorang peminat tegar iPhone 4, bersiap sedialah untuk memiliki gajet terhebat di abad ini.

    Selain itu, Maxis Telecommunication telahpun membuat pengumuman harga dan plan untuk iPhone 4. Anda boleh memiliki iPhone 4 16GB dengan harga RM 1,990 dengan komitmen RM100 setiap bulan selama 12 bulan. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman web rasmi iPhone 4 Maxis di sini.

    P/S: Sebelum ni ada hasrat, tapi memikir kehendak mengatasi keperluan, terpaksa batalkan.