Tag: Kelayakan Piala Dunia 2014

  • Jadual Perlawanan Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia

    Harimau Malaya 2011
    Jadual Perlawanan bagi Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia dikeluarkan semalam selepas selesai perlawana pusingan pertama Piala Dunia Zon Asia semalam.. Malaysia akan bertemu Singapura pada 23 Julai ini selepas pasukan tersebut mendapat ‘bye’ pada pusingan pertama kelayakan zon Asia.

    Perlawanan timbal balik dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada 28 Julai ini.
    (more…)

  • Misi Menang di Taiwan

    Misi Menang di Taiwan

    Malaysia Piala Dunia 2014

    Kemenangan 2-1 di gelanggang sendiri pada Rabu lepas tidak memberi jaminan kepada skuad negara apabila pengendali, Datuk K. Rajagopal berharap perbezaan gol lebih besar akan memberi keselesaan sehingga minit terakhir perlawanan.

    Lebih meyakinkan apabila penyerang Norshahrul Idlan Talaha akan digandingkan dengan Abdul Hadi Yahaya sebagai penyerang. Ahmad Fakhri Saarani turut digandingkan dengan Norshahrul dan di bahagian pertahanan Mahali Jasuli memperkukuhkan benteng kem Harimau Malaya.

    (more…)

  • Harimau Malaya sedia kekang Taiwan

    Harimau Malaya sedia kekang Taiwan

    Malaysia lwn Taiwan

    Tepat jam 8.45 malam ini, pasukan kebangsaan kita akan menghadapi saingan hebat daripada Taiwan dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

    Menurut kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim dia dan rakan-rakannya sudah bersedia dari segi fizikal dan mental menentang asakan Taiwan.

    Memetik kata-kata beliau daripada Berita Harian, “Selama tujuh bulan lalu kami sekadar beraksi dalam perlawanan persahabatan dan ini peluang terbaik membuktikan kemampuan kami selepas kali terakhir menjulang Piala AFF Suzuki Disember, tahun lalu,” kata tonggak skuad Harimau Malaya itu.

    “Sasaran kami adalah untuk pergi sejauh mungkin dalam pusingan kelayakan ini dan mengekal rekod tanpa kalah sepanjang tahun ini. Memang kami tidak sabar untuk beraksi dalam perlawanan sebenar pertama selepas kejohanan peringkat Asia Tenggara tahun lalu.”

    (more…)