
Usahawan dalam talian di Malaysia antara golongan yang diberi perhatian dalam pembentangan bajet tahun lepas oleh YB Dato’ Seri Najib Razak. Mereka layak menerima geran perniagaan online sebanyak RM1,000.00 untuk setiap perniagaan.

Usahawan dalam talian di Malaysia antara golongan yang diberi perhatian dalam pembentangan bajet tahun lepas oleh YB Dato’ Seri Najib Razak. Mereka layak menerima geran perniagaan online sebanyak RM1,000.00 untuk setiap perniagaan.
Peruntukan untuk hampir semua kementerian akan dinaikkan menerusi Bajet 2013 yang dibentangkan di Parlimen pada 28 September ini. Jemaah menteri dalam mesyuarat Kabinet, Rabu lalu sudah meluluskan draf bajet berkenaan.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata pihaknya sudah meneliti perbelanjaan semua kementerian dan mendapati secara keseluruhan peruntukan setiap kementerian perlu ditambah kerana Malaysia terbabit dengan penilaian Bank Dunia dan di bawah Inisiatif Pembaharuan Strategik, selain perlu melihat semua perbelanjaan setiap kementerian satu persatu.
Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, peningkatan peruntukan kepada kementerian akan dibantu dengan peningkatan jumlah hasil yang diperoleh kerajaan.
Di bawah Inisiatif Pembaharuan Strategik, kerajaan melakukan kajian indeks perolehan, khususnya mengenai cukai pendapatan di mana setiap kelemahan dikaji.
Ahmad Husni berkata, tiga parameter asas kepada bajet kali ini ialah – kerajaan perlu memastikan ada lebihan kos operasi (hasil melebihi perbelanjaan), pertimbangan terhadap dasar fiskal iaitu pengurangan defisit dan nisbah hutang berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar perlu dikekalkan di bawah 55 peratus.
Sumber: Peruntukan kementerian ditambah