
Sabtu lepas, Adam berkesempatan menyaksikan Konsert Minggu ke-9 Akademi Fantasia Musim ke-7 bersama Amzar dan Adlina. Sebenarnya bukan berniat untuk itu tetapi terpaksa kerana kami di kedai makan. Sebenarnya sudah lama Adam mahu bahaskan isu yang seperti ini tetapi tiada kesempatan.
Apa yang mahu sangat-sangat ditentang ialah tentang sistem AFMasuk yang diperkenalkan semula oleh Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina. Sebenarnya bukan Adam seorang yang tidak bersetuju malahan ramai lagi yang membangkangnya selepas Adam selesai membaca sisipan Rap Harian Metro hari ini.
Seperti yang kita sedia maklum, Khairil Azam Pilus (Aril) berjaya melayakkan diri selepas menerima 52 peratus undian daripada 300,000 undian masuk yang diterima dan bakal bertanding di Final Akademi Fantasia 7 bersama Mohd Hafiz Mohd Suip (Hafiz), Afiq Hakim Ahmad (Akim), Mohd Yazid Ibrahim (Yazid) dan Ismaliza Ismail (Isma).
Satu soalan kepada anda, apakah rakyat Malaysia ketandusan bakat yang boleh menyanyi dengan lebih sedap? Hasil daripada pemerhatian Adam, nyanyian mereka amatlah teruk. Teruk! Pengkritik kata sedap, tapi telinga kata teruk — macam mana? Mungkin ada beberapa faktor yang membawa kepada keterukan itu seperti pemilihan lagu. Pertama mungkin lagu yang dipilih itu tidak sesuai. Lagu Meet Uncle Hussain terlalu moden untuk dibawa oleh anak murid Datin Tiara ini. Bila dinyanyi semula, mereka mengubah tempo dan mengubah secara terus lagu tersebut dan menjadikan tidak sedap didengar. Cuba biarkan Yazid menyanyikan lagu Jamal Abdillah — mungkin sedap juga. Kedua mungkin cara didikan yang diterima semasa di akademi tidak dipraktikkan sepenuhnya. Mereka dibentuk dan digarap untuk menjadi bintang tetapi belum menemui jalan untuk bersinar. Ketiga? Faktor penerimaan oleh individu — bagi Adam mungkin tidak sedap, tapi bagi peminat fanatiknya sangatlah sedap!
Jadi, kepada peminat Akademi Fantasia dan peserta-pesertanya — jadilah orang yang bijak. Kembalikan martabat dan maruah industri muzik tanah air ke satu tahap yang membanggakan. Serlahkan Transformasi Diri.

Leave a Reply