≡ Menu

Sikit Sikit Cerita Emas

Kaji kaji balik, dah masuk tengah bulan dua dah. Sepatutnya hidup lebih teraturla, tapi lain pulak yang jadi. Semua sebab kekangan masa, tapi aktiviti tak pernah berkurang. Bertambah lagila. Tambah komitmen dan komited dalam buat kerja.

Public Gold Bar

Balik cuti haritu, banyak benda menarik yang boleh dikongsi. Paling menarik ialah menceburi bidang jual beli emas. Cerita emas ini dah lama dengar dengar daripada rakan. Tapi tak pernah pun terdetik untuk cuba membeli atau memiliki emas. Tapi selepas bertemu dengan seorang sifu emas, En Rashid Napiah (laman web Emas Perlis) selepas mengajar beliau membina laman web untuk beberapa perniagaannya, hati saya terbuka.

Beliau banyak bercerita tentang kepentingan dan kenapa perlu memiliki emas. Tambah beliau, harga emas akan mula melambung tinggi dan wang kertas akan mulai hilang nilainya akibat inflasi. Memiliki emas adalah satu pelaburan yang baik berbanding pelaburan lain seperti Amanah Saham Bumiputra kerana jumlah keuntungan (hasil perbezaaan harga hari terkini dan harga dibeli) sangat tinggi. Jika ASB memberi 8% sebagai bonus dan dividen, pelaburan emas boleh memberikan keuntungan sehingga 30%!

Apa fikir lagi? Jadi macam Hadri Hamzah senang, sekarang beliau dah ada beberapa bar emas yang disimpan. Ramai yang tanya macam mana nak untung dengan emas? Jawapannya senang, beli harini, esok harga dah naik. Tak untung lagi? Kalau beli sekarang, tunggu tiga empat tahun lagi, dah nampak hasilnya. Nama pun pelaburan, memanglah ambik masa sikit!

Kenapa saya beria-ia mencari orang untuk membeli emas? Saya rasa tak salah untuk saya sebarkan kebaikan emas. Saya nak sahabat-sahabat saya mendapat keghairahan memiliki satu bar emas atau satu keping dinar. Sebenarnya semua orang mampu. Cuma mereka tak yakin. Contoh mereka yang mampu ialah pelajar IPTA/IPTS yang mendapat pinjaman pendidikan.

Public Dinar & Public Gold

Tertarik dengan gambar di atas? Dinar Emas, Emas Bar, Emas Kijang, dan Perak. Ramai kawan kawan saya kata betul ka emas. Boleh percaya ka? Saya cakap boleh! Saya pun mula mula tak percaya adakah ini emas yang diperkatakan hebat, tiada tolok bandingnya? Adakah ini logam yang digunakan oleh Firaun untuk menghiasi istananya? Ya! Itulah dia! Bila kali pertama saya memegangnya, saya pun dapat merasakan aura kehebatannya. Saya rasa cukuplah pengenalan setakat ini. Emas ialah emas.

Other articles you might like;

2 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3