Semalam, tanggal 10 Mac 2010 industri filem Malaysia menjadi kecoh apabila filem epik Hikayat Merong Mahawangsa yang diarahkan oleh Yusry KRU terbitan KRU Studios mula ditayangkan. Saya masih belum berkesempatan untuk ke panggung bagi menonton filem ini tetapi bunyi-bunyi di Facebook turut mempengaruhi saya untuk terus menonton filem ini. Berikut adalah satu komen yang menarik untuk dikongsi.
Menurut Shahnon Salleh, pensyarah di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam, Hikayat Merong Mahawangsa hebat dan bertaraf antarabangsa, namun kelemahan yang paling ketara ialah jalan cerita. Kenyataan ini disokong kuat oleh rakan beliau bahawa Yusry KRU sebagai penulis skrip masih menyalin dan tampal babak daripada filem yang sama genre untuk menjadikan Hikayat Merong Mahawangsa.
Apa kata anda? Sama-sama kita saksikan kehebatan filem epik ini di pawagam berhampiran!


Leave a Reply