Category: Masscomm

  • (Tutorial DSLR) Teknik Fotografi

    (Tutorial DSLR) Teknik Fotografi

    Adam luangkan sedikit masa Adam untuk membuat tutorial tentang sedikit teknik fotografi yang perlu dikuasai untuk kursus Photography Communication. Sila ambil perhatian bahawa Adam bukanlah seorang yang pakar dalam bidang fotografi dan masih merangkak mencari ilmu. Jadi, sebarang kesilapan daripada segi konsep atau teknikal harap dimaafkan dan teguran amatlah dialu-alukan.

    1. Limited Depth of Field

    Apa? Teknik ini memerlukan anda menajamkan gambar yang difokus dan gambar dibelakang akan kabur.
    Bagaimana? Gunakan apperture yang tinggi f3.6-f1.8 dan nilai shutter mestilah diubah sehingga mendapat nilai seimbang di meter.
    Contoh?

    Limited Depth of Field

    Aperture: F/3.5, Shutter: 1/500

    (more…)

  • PhotoCamp UiTM Melaka 2008

    PhotoCamp UiTM Melaka 2008

    UiTM Melaka, 16 Ogos 2008 – Seluruh warga semester tiga Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Melaka berkampung di sini hari ini sempena Photo Camp 2008 yang dianjurkan oleh Fakulti Komuniksi dan Pengajian Media UiTM Melaka. Program dua hari satu malam ini diadakan bagi mendedahkan kepada para pelajar yang mengikuti kursus Komunikasi Fotografi tentang teknik fotografi.

    DMC 3E rox!

    Perkhemahan ini bermula pada jam 12 tengah hari dengan pendaftaran dan taklimat ringkas bagi memastikan kelancaran program ini. Sesi pendaftaran diuruskan oleh ‘committee’ yang dilantik dan taklimat ringkas disampaikan oleh Mr. Hakimi. Kemudian, pelajar dilepaskan untuk makan tengah hari dan berkumpul semula jam 2 petang.

    (more…)

  • DMC3E Berfotografi!

    DMC3E Berfotografi!

    Assalamualaikum.

    Entri hari ini banyak berkisar tentang Adam dan DMC3E. Setelah penat ke Kuala Lumpur hilang, Adam telah demam. Mungkin terlalu letih. Hari ini seperti biasa, bangun pagi dan untuk ke kelas pada jam 8.30. Hari ini kelas pertama ialah CTU. Kami hanya mendengar persembahan daripada Syafiq dan Fadh tentang tajuk kajian beliau – Adab Guru dan Pelajar.

    DMC3E bersama Mr Afiq

    DMC3E bersama Mr Afiq

    Pada tengah hari, kami ke kelas Journalism — Madam Raihan banyak bercerita tentang group assignment kami. Bangaimana untuk menyiapkan laporan interview kami. Selesai kelas, Adam bersama group members Psychology ke perpustakaan untuk menyiapkan proposal bagi kajian kami — Domestic Violence Against Men. Adam bersama Ima, Azza dan Ima berada di perpustakaan bertungkus-lumus menyempurnakan proposal yang perlu disubmit esok sementara menanti jam 3 petang untuk ke kelas Photo Communication di Tasik Tun Fatimah.

    (more…)

  • Cabaran Berdakwah Melalui Persuratkhabaran

    Cabaran Berdakwah Melalui Persuratkhabaran

    Assalamualaikum WBT

    Hari ini Adam bersama ahli kumpulan; Ima Aimi Nadia, Sharifah Nuraini, Nur Azzah dan Nina Syakila telah berkesempatan ke Pejabat Editorial Utusan Melayu di Chan Sow Lin. Tujuan kami ke sana adalah untuk menjalankan temuramah dengan Ketua Pengarang Meja Agama Utusan Malaysia; En. Radzi Md Zain bagi menyempurnakan tugasan bagi kursus JRN211 – Journalism bertajuk “Cabaran Berdakwah Melalui Persuratkhabaran”

    Kami bertolak dari UiTM Melaka dengan menaiki bas Mara Liner tepat jam 8.45 pagi dan tiba di stesen bas Pudu Raya jam 11.00 pagi. Setibanya di sana, kami bergerak ke Pejabat Utusan yang terletak di Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin dengan menaiki LRT dari stesen Plaza Rakyat dan turun di LRT Chan Sow Lin sebelum menaiki bas ke Jalan Lima.

    (more…)

  • Fad, Salam Kelahiran ke-19!

    Fad, Salam Kelahiran ke-19!

    Salam.

    Entri ini diwujudkan sempena Hari Kelahiran saudara Fad yang merupakan rakan DMC3E. Sempena sambutan ini, DMC3E sekali lagi telah mengadakan majlis ringkas untuk meraikan hari lahirnya di Wakaf Blok A berhampiran tasik. Berikut adalah gambar yang berjaya dirakamkan ketika parti sedang berlangusng. Antara yang hadir pada petang tadi ialah yang dirai, Fad, Jaz, Adam, Kechik, Acud, Ima, Icha, Azza, Fatin, Lina, Dayah, Yaya, Kam Kam, Pdi, Shie dan Yus.

  • Adam Roeslani Roslan – 19 Tahun

    Adam Roeslani Roslan – 19 Tahun

    Tanggal 19 Mac 2008 – Adam Roeslani bin Roslan telahpun mencapai umur 19 tahun. Sudah 19 tahun Adam Roeslani bin Roslan hidup di dunia ini. Sudah banyak perkara yang Adam Roeslani bin Roslan tempuhi dan hadapi. Banyak yang Adam Roeslani bin Roslan peroleh dan hilang. Terima kasih atas sokongan Umi, Dik Wa, Teh, dan Adik. Abang akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan untuk diri abang dan keluarga.

    Cake - DMC2E roxXx!

    Kechik, Syaz, Zaf, Jazly, Ima, Icha, Nur, Azza, Acud, Yaya, Shasha, Kam Kam, Shie, Pdi, Yus, Fatin, Dayah.
    DMC2E, terima kasih!

    Rakan-rakan seperjuangan dan yang terlibat secara langsung atau tidak – terima kasih!