[FB 1837401968782]
Category: Live @ E71
-

Sedapnya Asam Pedas Melaka
Minggu lepas Adam dan rakan Super Broadcaster yang lain ke Melaka untuk menjayakan Malam Apresiasi Kelab Penyiaran di Hotel Emperor Melaka.
Alang alang di Melaka, Adam tidak melepaskan peluang untuk makan asam pedas ikan kembung di Dataran Pahlawan. Walaupun tidak se-gah Asam Pedas Claypot, rasanya tidak menghampakan :)
-

Sibuk Benar Broadcaster
Jam menunjukkan pukul 1230 tengahari. Geng Super Broadcaster masih sibuk menjalankan latihan di Studio TV FKPM. Pada 20 hingga 24 April akan berlangsungnya rakaman rancangan TV yang diterbitkan dan diarahkan oleh kami. Jadi semua sibuk dengan pra produksi, ditambah dengan banyak lagi tugasan yang perlu dihantar dalam seminggu dua ini.
-

Berbasikal di Shah Alam
Kalau nak ikut kepada trend, memang Adam banyak ketinggalan lah. Mana ada anak muda yang naik basikal bergear atau MTB di Shah Alam. Kalau ada pun di Bukit Cahaya Alam kot. Dalam bandaraya Shah Alam ni semua mesti bergaya dengan Fixie bike masing masing. Kalau dulu mengayat awek dengan Vespa, sekarang Fixie lah. Betui ka?
Tak kisahla dengan basikal kebanggaan mereka mereka tu, yang penting aktiviti berbasikal ni banyak faedahnya kepada kesihatan diri.
P/S: Saya bangga kayuh basikal yang saya gunakan sejak untuk ke sekolah lima tahun lepas di Shah Alam. Tapi kalau nak ke Fakulti, kirim salamlah.
-

Maxis Mencuri dengan Hot Tiket
Benarkah Hotlink Hot Tiket benar benar menjimatkan? Bagi sesetengah individu akan menjawab ya dan ada yang tidak bergantung kepada cara penggunaan individu.
Bagi saya, saya terpaksa menggunakan Hot Tiket kerana kredit saya akan ditolak oleh aplikasi push internet yang sepatutnya tidak ditolak kerana melanggan perkhidmatan Internet. Ini satu kebocoran yang ramai tak perasan. Saya pernah telefon untuk mengadu tentang keghaiban kredit, tetapi jawapan yang diberikan mengecewakan. Kredit yang ditopup hanya boleh diperiksa selepas dua jam. Saya minta operator telefon saya, tapi tiada ditelefon pun. Sampah!
(more…) -

Tukar USD dan Pound ke MYR

Dah lama merancang untuk tukarkan koleksi matawang luar negara kepada satu aset yang anti-inflasi, dinar emas.
(more…)


