Category: Live @ E71

  • Review Maharaja Lawak Minggu 12 Johor Baharu

    Sepah Maharaja Lawak, Nabil Maharaja Lawak, R2 Maharaja Lawak, Jozan Maharaja Lawak

    Gelanggang dibuka dengan persembahan bertenaga Sepah.

    Nabil dengan lawak penjual DVD cetak rompak menggunakan filem filem tempatan untuk membuat humor seperti mengubah nama filem terkenal kepada versi Maharaja Lawak seperti Mail Lambung Kena Lambut. Sebagai penutup, AC sebagai polis menyerbu dan dengan tiba tiba Nabil mentransformasikan gerai DVD kepada gerai otak otak.

    R2 menampilkan lawak bersantai semasa memancing dan berbincang tentang perancangan untuk berkahwin; dan kebanyakkannya adalah lawak kitar semula. Apa yang kelakar ialah apabila datuk membeli burger dan si nenek terpaksa menunggu turn sebelum makan burger kerana berkongsi gigi palsu.

    Minggu lepas Jozan dengan TV, malam ini di konti radio. Zizan sebagai DJ Fadzil diserang oleh Along yang datang mengutip hutang. Johan ala ala Taiko Oh Yeah datang menggeletek hati dengan setiap apa yang dilontarkan oleh Johan. Tahniah Jozan. Menang first round?

    Legend Jambu datang dengan membawa kuiz Siapa Salah dia Menang, tetapi menurut juri Ahmad Idham mereka tidak sesuai dengan lawak jenis ini dan mengharapkan suatu yang lebih hebat. Yus memainkan dua watak sebagai peserta. Walaupun menarik tetapi agak meleret.

    Pusinga kedua Sepah digandingkan dengan Yassin, dalam rancangan Manisnya Kurma Ini. Shuib dan Jep sebagai hos yang kerap lelah. Habis manis sepah tak habis habis.

    Nabil dan Bob Kutu dalam rancangan Sihatkah Saya mencungkil rahsia bagaimana Bob berlatih untuk menjadi juara dalam pertandingan. Rupanya Bob menjadi juara dalam pertandingan Memusing Hoola Hoop Paling Lama kerana sangkut di perut.

    Ali Mamak dan R2 digandingkan dalam perbahasan Ibu dan Bapa siapa paling penting. Ahmad Idham mencadangkan R2 untuk memperbetulkan tempo walaupun idea menarik.

    Linda Onn sebagai pengacara Om Om Bak melayan kerenah anak anak Johan dan Zizan, ditanyakan dua soalan peribahasa. Sedikit kontroversi persembahan mereka malam ini :)

    Tauke dalam rancangan Bendabolehsetel, menyingkap rahsia En Hashim (Acong Sweetchild) yang diganggu saka. Mamat Khalid meminta agar Jambu lebih berhati hati untuk persembahan di Final nanti.

    Konklusinya, Maharaja Lawak Minggu 12 di Johor Baharu ini sekali lagi membuktikan bahawa persaingan merebut Maharaja Lawak didominasi Jozan dan Sepah. Jozan dan Sepah Terbaik. R2 dan Jambu perlu buat sesuatu untuk kembali mengambil hati para juri.

    Untuk Final Maharaja Lawak di Stadium Melawati Shah Alam, Jozan, Sepah dan Nabil akan bertanding. Tetapi, Ahmad Idham menggunakan imunitynya untuk memasukkan Jambu. Jadi, Jozan, Sepah, Nabil dan Jambu akan ke Final Maharaja Lawak.

    (more…)

  • WW #2 – Servis Kuda Besi

    WW #2 – Servis Kuda Besi

    Posted with WordPress for BlackBerry.

  • (Review) Maharaja Lawak Minggu 11 – Sepah, Jozan Terbaik

    (Review) Maharaja Lawak Minggu 11 – Sepah, Jozan Terbaik

    Maharaja Lawak Minggu ke 11 yang ditayangkan secara langsung dari Kuantan membawa kelainan dimana para peserta membuat dua persembahan. Kejutan ini sedikit sebanyak memberikan kebaikan dan kekurangan kepada para peserta.

    Persembahan pertama dengan tema bebas dan Jozan berjaya menghiburkan dimana Johan meniru gaya Dr Fadzilah Kamsah, Farid Ismet dan Mamat Khalid. Tahniah Jozan!

    Persembahan kedua memerlukan para peserta untuk mengolah cerita apabila diberikan barang seperti beg, raket badminton, kuali, seterika, penering rambut dan sebagainya. Tahniah Sepah dengan cerita mengaitkan prop yang diberikan. Pusing kedua sekali lagi menyerlahkan kebolehan Jozan bermain dengan props. Vakum dan kerusi lipat digunakan sebolehnya untuk menghiburkan para penonton.

    (more…)

  • (Harga) Perodua Myvi Baru Lagi Best!

    (Harga) Perodua Myvi Baru Lagi Best!

    Perodua akan melancarkan Perodua Myvi baru 16 Jun nanti. Spyshot Myvi yang dikenali sebagai Myvi Lagi Best sudahpun tersebar di Internet. Didatangkan dengan lampu projektor, cermin sisi lipatan elektrik, tombol gear di papan pemuka, rekabentuk sistem audio yang baharu dengan pemain CD, MP3 dan WMA, paparan meter baharu dan sistem beg udara SRS berkembar akan menjadi sebab utama kenapa anda perlu memilih Myvi Lagi Best ini.

    Harga yang dicadangkan bagi model ini adalah seperti berikut.

      1.3SX Manual RM 44,426.00
      1.3SXi Manual RM 47,226.00
      1.3SXE Manual RM 54,408.00 

      1.3 EZ Auto RM 47,426.00
      1.3 EZi Auto RM 50,226.00
      1.3 EZE Auto RM 57,388.00

    * Harga OTR diatas adalah untuk kemasan cat SOLID. Tambah RM400 untuk Metallic dan RM600 untuk Special Metallic.
    * Didatangkan dalam varian berwarna Ivory White, Pearl White, Ebony Black, Glittering Silver, Medallion Grey dan Mystical Purple.
    * Model berwarna kuning dengan enjin 1.5 EZ.

    (more…)

  • Gangguan Sambunga Internet Seluruh Malaysia

    Gangguan Sambunga Internet Seluruh Malaysia

    Sepetang saya bergelumang dengan panel router mana tahu salah setting selepas reset router akibat beberapa masalah sejak semalam.

    Sebentar tadi saya bertekad untuk menelefon talian 100 Telekom Malaysia untuk bertanyakan khabar tentang Internet saya di rumah. Sebelum panggilan dijawab oleh operator, saya dimaklumkan bahawa telah berlaku satu gangguan sambungan Internet di seluruh Malaysia.

    Sehingga bila saya tidak dimaklumkan kerana semua operator sibuk di talian. Mungkinkah ada kaitan dengan kejadian letusan api kuat Matahari yang turut mengakibatkan gangguan operasi satelit komunikasi dan janakuasa tenaga?

    Posted with WordPress for BlackBerry.

  • WW #1 – Pulut Harumanis Pulut Durian

    WW #1 – Pulut Harumanis Pulut Durian

    WW #1 - Pulut Harumanis Pulut Durian

    Posted with WordPress for BlackBerry.