Category: Live @ E71

  • Malaysia benam Pakistan 2-0

    Malaysia benam Pakistan 2-0

    Pasukan Harimau Muda hari ini berjaya membenam pasukan Pakistan dalam aksi pusingan pertama kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam di sini malam ini.

    Pasukan Malaysia bermain cemerlang sepanjang separuh masa pertama dengan mendahului dua gol jaringan Wan Zaharulnizam pada minit ke-3 dan Mohd Irfan Fazail minit ke-45..

    Pada separuh masa kedua, kedua dua pasukan bermain dengan lebih berhati hati. Serangan bertubi tubi pasukan Malaysia seringkali kecewa dengan ketangkasan penjaga gol gantian mereka. Tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Muda.

    Malaysia benam Pakistan 2-0

  • Kurangkan Hidangan Makanan Segera Anda

    Kurangkan Hidangan Makanan Segera Anda

    Kalau anda seorang penggila makanan segera seperti McDonald’s atau KFC, anda ada beberapa pilihan untuk hidangan kegemaran anda. Anda boleh menggantikan hidangan Big Mac (80g lemak) kepada McChicken (40g lemak) dan menggantikan Coke kepada Coke Diet. Begitulah seperti yang disarankan oleh majalah Seventeen edisi Nov 2007.

  • Kehangatan Pilihanraya

    Kehangatan Pilihanraya

    Menjelang hari mengundi, jentera kempen pilihanraya empat calon FKPM yang bertanding sibuk berkempen pada saat saat akhir. Kafeteria yang menjadi tempat lepak para pelajar tidak terlepas daripada menjadi port perang poster. Nah, Vey dan rakan sebagai hiasan.

  • RM50 Denda Tunggang Gajah

    Dalam undang-undang Malaysia, menunggang gajah di kawasan awam adalah merupakan satu kesalahan. Dalam perenggan di bawah memperuntukan: “Mana-mana orang yang menunggang gajah di mana-mana jalanraya awam tanpa kebenaran daripada Ketua Pegawai Polis atau pegawai yang diberi kuasa olehnya akan didenda tidak melebihi RM50.”

    Isu ini mungkin jarang berlaku di Malaysia, tetapi berbeza di Thailand dimana gajah dibawa bersiar-siar di pekan seperti di pekan-pekan kecil di sempadan Malaysia-Thailand. Denda RM50 mungkin cukup besar pada satu masa dahulu, tapi sekarang siapa bela gajah?

  • Selamat Pengantin Baru Hazim

    Selepas Faten Najwa melangsungkan perkahwinan dengan pasangan hati pada tahun lepas, hari ini tiba giliran Hazim Mustafa Amin diijabkabulkan bersama pasangannya Fatin Amelina.

    Tahniah diucapkan. Semoga perhubungan ini direstui Allah SWT dan berkekalan sehingga ke anak cucu. Amin.
    Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone



    Selamat Pengantin Baru Hazim, originally uploaded by Adam Roslan.
  • Ayuh ber-Blackberry

    Peh! Kalau ikut perkiraan, 1/4 daripada umat manusia di Shah Alam ni dah mula menggunakan telefon pintar Blackberry. Tambah tambah lagi awal semester ni, duit PTPTN banyak sampai taktau nak buat apa jadi belilah Blackberry. Bukanla mahal sangat pun, RM1200 untuk Blackberry Bold 9700. Lepastu boleh bersosial di Internet 24/7.

    Malam ni bertambah lagi sorang ahli dalam keluarga Blackberry Shah Alam. Cuma gua saja belum tergerak hati nak cari pengganti E71 yang dah banyak berbakti ni.



    Ayuh ber-Blackberry, originally uploaded by Adam Roslan.