≡ Menu

(Review) Maharaja Lawak Minggu 11 – Sepah, Jozan Terbaik

Maharaja Lawak Minggu ke 11 yang ditayangkan secara langsung dari Kuantan membawa kelainan dimana para peserta membuat dua persembahan. Kejutan ini sedikit sebanyak memberikan kebaikan dan kekurangan kepada para peserta.

Persembahan pertama dengan tema bebas dan Jozan berjaya menghiburkan dimana Johan meniru gaya Dr Fadzilah Kamsah, Farid Ismet dan Mamat Khalid. Tahniah Jozan!

Persembahan kedua memerlukan para peserta untuk mengolah cerita apabila diberikan barang seperti beg, raket badminton, kuali, seterika, penering rambut dan sebagainya. Tahniah Sepah dengan cerita mengaitkan prop yang diberikan. Pusing kedua sekali lagi menyerlahkan kebolehan Jozan bermain dengan props. Vakum dan kerusi lipat digunakan sebolehnya untuk menghiburkan para penonton.

P/S: Nantikan review penuh menjelang esok!

Posted with WordPress for BlackBerry.

Other articles you might like;

1 comment… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3