Category: Daily Craps

  • Hari Pertama Bekerja

    10.30 Pagi – Inverview kat office Red Frame Multimedia, Taman Sena Indah

    4.30 Petang – Staff Stor Pasaraya Sena Indah

    Apa motifnya? Pagi pi interview dengan berbaju kemeja kat Red Frame, tapi petang pakai t-shirt gi keja kat Pasaraya Sena Indah milik Viere. Haha..

    Pagi kemarin aku g interview untuk kerja kat Red Frame, apply sebagai cameraman. Orang kata cari pengalaman, dapat pengalaman yang lebih bila kita bekerja dengan orang yang dah pro. Leh check artwork cameraman deorang, Azzaharry kat fotopages beliau. Boss cakap Insya-Allah kalau ada kerja, deorang akan roger aku.

    Petangnya pulak, aku saja lepak-lepak dengan si Viere dan Epih kat depan kedai. Dahtu dapat call yang orang kerja xdapat mai sbb ada masalah kesihatan, so aku membidanterjunkan diri aku untuk kerja kat situ. Mulanya ingatkan untuk 7 jam saja la, tapi tetiba Cik Puan iaitu Isteri Boss bagitau yang aku diterima bekerja.. Eh, bila lak aku apply kerja kat situ ya? But nvm, cari pengalaman beb! Packing cabai kering, packing garam, packing gula.. Jadi berguni-guni jugak la aku dah packing.. :p

    Hari ini, esok dan seterusnya..

  • TM Super League : Perlis vs Pahang

    Perlis turun ke padang sendiri dengan reputasi tinggi sebagai penyandang juara Piala Malaysia dan turun dengan begitu bersemangat. Perlis berjaya memperoleh jaringan awal pada minit ke-15 hasil rembatan kencang Azlan Ismail yang berjaya mengelirukan penjaga gol Pahang. Gol kedua Perlis muncul pada babak ke-2 hasil jaringan Fauzi Nan pada minit ke-49. Kelekaan pemain Perlis menyebabkan Pahang mengatur gerakan untuk mencari dan membuahkan hasil apabila bola tandukan Rashid Mahmud pada minit ke-59 mengenai jaring gol dan menjaringkan gol pertama Pahang.

    Lagi berita?

  • Trip: Perlis > KL > Genting

    Alkisah bermulanya trip yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar 5 Cemerlang 2006. Trip ini disertai oleh 30 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring. Cikgu yang join trip ni, Sir Zahir & Cikgu Wazir. Trip kali ini agak open sebab ada 4 orang budak luaq yang join, termasuk saudara Viere kita. Banyak pengalaman baru yang aku dapat bila join trip ini.. Pengalaman?

    Kunci Bas Patah

    Pagi Sabtu, 10 Nov ketika kami bersiap untuk bertolak ke Berjaya Times Square, kami dikejutkan dengan peristiwa kunci bas patah. Macam mana bleh patah? Pak Long (Driver Bus) menyatakan bahawa kunci bas itu digunakan untuk mencungkil pintu tempat simpan beg. Selepas itu, terus patah dua. Lebih kurang sejam membuang masa di kawasan Kuartes Hospital Kuala Lumpur, akhirnya kami berjaya menaiki bas tersebut setelah bas berjaya dihidupkan dengan meng-shortkan enjin bas kerana kunci yang dibuat tidak dapat dimasukkan ke dalam lubang kunci. Dengan kemahiran yang ada pada Pak Long, bas berjaya bergerak sehingga ke kedai kunci untuk membuat kunci pendua. Petang tu, kami ke Hotel Malaya dan ke Low Yatt Plaza untuk bershopping. Aku beli sekeping Kingston 512MB PC133 SDRAM DIMM CL3, RM219.
    Pengalaman di Petaling Street

    Pada malam tu, satu peristiwa yang mungkin yang akan dijadikan pengajaran seumur hidup kepada aku, Viere, Beantik, Afiq dan Mat Jam. Tengah syoq-syoq merayau di Petaling Street, kami di tegur oleh seorang mamat Cina ni. Dia tanya nak beli DVD? Casino Royale. Viere dan Beantik dengan semangatnya menerima pelawaan Cina tu. Dia cakap 3 keping RM50. Fuckof!! Apa yang mahai sangat! Lepas Beantik mintak kurang, Cina tu bagi sekeping RM10. Viere pun bersetuju akan bayar duit tu dan akan digantikan kemudian oleh kami. Jadi Cina tu dapat dah RM10 dan menarik Viere ke tempat DVD ditempatkan. Kami pun follow aja. Pastu Cina tu cakap yang kami masih hutang RM290. Dia cakap sbb DVD tu semua ada 30 title, 1 DVD RM10, darab 30 title = RM300. Apa kejadah Cina nie? Casino Royale pun ada sampai 10 title ka?

    Lepas tu Beantik masuk campoq untuk setelkan benda ni, sembang-punya sembang, si mamat Cina tu suruh Beantik & Viere ambik pisau dan bunuh diri masing-masing kalau xmampu nak bayar duit tu. Apa lagi, cuak la.. Kami yang tengok pun cuak, apa kes nak beli CD dengan pisau-pisau plak. Lebih kurang 10 minit Cina tu merepek, last-last kami keluar dari area penjual DVD tu. Dia bagi kurang dan suruh bayar RM120 dan ugut nak bawak Viere pi jumpa dengan boss diaorang kat office.

    Merepek & merepek, akhirnya aku buat keputusan untuk tarik Viere blah dari situ, sbb Beantik ngan Mat Jam dah lama menghilangkan diri. Bila aku tarik Viere, Cina tu pun follow aku. Pastu dia ugut aku, dia pijak kaki & cekak lengan aku. Pala butuh aih Cina ni, dia cakap “u ingat u sapa, u taiko kat sini ka? ini petaling streeeeet maaaaaaa”.. ceh, igt aku cuak kot.. haha.. tapi cakap dalam hati aja la..

    Pastu ada sorang apek ni, aku rasa dia pegang area tu sound mamat Cina nie. Mamat tu pun lepas tangan aku, pastu mintak maaf & setel dari kami. Pergh, nasib ada taiko!! Thank taiko.. :p Akhirnya kami lepas, dan bayar lagi RM 16 sebab terlalu cuak dengan keadaan tu. Lepas tu, balik hotel dan tidoq. zZzZzZ…

    Party Mi Segera!!

    Kami tiba di Hotel Palace of Beach & Spa, dekat The Mines dengan keadaan lapar. Disebabkan terlalu lapar dan harga makanan yang mahal, kami telah ke Giant di The Mines dan memborong Megi untuk dimakan. Pergh, aci mau tengok resit la.. :p

    Konklusi

    Petaling Street – Aku takkan pi dah sampai aku bleh pegang area tu! Haha..
    Trip diteruskan ke Genting, tapi aku drop kat KL dan balik ke Perlis sbb ada urusan rasmi.
    * Dalam masa terdekat ni aku upload pics. tQ

  • Konvoi: Perlis > Perak > Penang

    Konvoi: Perlis > Perak > Penang

    pada 5hb disember 2006, aku dan family ke perak atas satu urusan rasmi parents aku. kami ke sana dengan 2 buah kenderaan; nissan frontier kbn5577 dan honda shadow pdv5577. kami bertolak dari perlis pada jam 11.30 dan singgah di jitra sebelum bertolak ke perak.

    Merempit!!
    pics aku tgh merempit
    Terowong
    terowong
    Kelab Lumba Kuda Ipoh
    pemandangan indah kelab kuda ipoh dari hotel
    Hotel Impiana Casuarina
    hotel impana casuarina
    Lost World Of Tambun
    lost world of tambun
    Penang!
    seberang perai. kelihatan komtar
    Penang Waktu Malam..
    pulau pinang di waktu malam
    Pantai Bersih
    pesisir pantai bersih

    time balik. maintain 120 km/h dan kadang-kadang mencecah 140 km/h..

  • SPM dah abeh!!

    Salam. Arini, 4 haribulan Disember 2006 telah berakhirnya perjuangan dalam era persekolahan. Dengan last paper tadi, bererti dah berakhir segala-galanya tentang SMK Derma. Dah besaq la ni, dah boleh kawin dah kata orang tua-tua.. :)

    Actually xda mood lagi ni blogging nie, masih menunggu technician tmnet meh pasang strimix. pastu baru buat perubahan ketara kat blog nie. :)

    servis video production utk majlis perkahwinan, rm300. sekitar negeri perlis. sms adam; 012-4879278. tq :)

  • Minggu SPM!!

    Salam.

    Dah lama xbuat benda blogging nie.. Tetiba aja dpt semangat balik apabila bro Amanz sudi membuat komen kat blog aku. Skg tengah merilex2kan otak sebelum berjuang pulak untuk paper EST hari Jumaat nie.

    FYI, account Google Adsense aku kena disable, alasan deorang sbb banyak sangat page impression.. Wah wah.. kalau camtu baik xpayah buat la kalau dah telebih page impression terus kata langgar syarat..

    Kat mana lagi boleh buat iklan mcm Google Adsense nie? Dengar kata Yahoo! dan MSN dah ada program pengiklanan sendiri. Tapi malas pulak nak pesah semua tu skrang nie.. Lepas SPM, kita bantai habis-habisan.. Haha.. :)