≡ Menu

Trip: Perlis > KL > Genting

Alkisah bermulanya trip yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar 5 Cemerlang 2006. Trip ini disertai oleh 30 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring. Cikgu yang join trip ni, Sir Zahir & Cikgu Wazir. Trip kali ini agak open sebab ada 4 orang budak luaq yang join, termasuk saudara Viere kita. Banyak pengalaman baru yang aku dapat bila join trip ini.. Pengalaman?

Kunci Bas Patah

Pagi Sabtu, 10 Nov ketika kami bersiap untuk bertolak ke Berjaya Times Square, kami dikejutkan dengan peristiwa kunci bas patah. Macam mana bleh patah? Pak Long (Driver Bus) menyatakan bahawa kunci bas itu digunakan untuk mencungkil pintu tempat simpan beg. Selepas itu, terus patah dua. Lebih kurang sejam membuang masa di kawasan Kuartes Hospital Kuala Lumpur, akhirnya kami berjaya menaiki bas tersebut setelah bas berjaya dihidupkan dengan meng-shortkan enjin bas kerana kunci yang dibuat tidak dapat dimasukkan ke dalam lubang kunci. Dengan kemahiran yang ada pada Pak Long, bas berjaya bergerak sehingga ke kedai kunci untuk membuat kunci pendua. Petang tu, kami ke Hotel Malaya dan ke Low Yatt Plaza untuk bershopping. Aku beli sekeping Kingston 512MB PC133 SDRAM DIMM CL3, RM219.
Pengalaman di Petaling Street

Pada malam tu, satu peristiwa yang mungkin yang akan dijadikan pengajaran seumur hidup kepada aku, Viere, Beantik, Afiq dan Mat Jam. Tengah syoq-syoq merayau di Petaling Street, kami di tegur oleh seorang mamat Cina ni. Dia tanya nak beli DVD? Casino Royale. Viere dan Beantik dengan semangatnya menerima pelawaan Cina tu. Dia cakap 3 keping RM50. Fuckof!! Apa yang mahai sangat! Lepas Beantik mintak kurang, Cina tu bagi sekeping RM10. Viere pun bersetuju akan bayar duit tu dan akan digantikan kemudian oleh kami. Jadi Cina tu dapat dah RM10 dan menarik Viere ke tempat DVD ditempatkan. Kami pun follow aja. Pastu Cina tu cakap yang kami masih hutang RM290. Dia cakap sbb DVD tu semua ada 30 title, 1 DVD RM10, darab 30 title = RM300. Apa kejadah Cina nie? Casino Royale pun ada sampai 10 title ka?

Lepas tu Beantik masuk campoq untuk setelkan benda ni, sembang-punya sembang, si mamat Cina tu suruh Beantik & Viere ambik pisau dan bunuh diri masing-masing kalau xmampu nak bayar duit tu. Apa lagi, cuak la.. Kami yang tengok pun cuak, apa kes nak beli CD dengan pisau-pisau plak. Lebih kurang 10 minit Cina tu merepek, last-last kami keluar dari area penjual DVD tu. Dia bagi kurang dan suruh bayar RM120 dan ugut nak bawak Viere pi jumpa dengan boss diaorang kat office.

Merepek & merepek, akhirnya aku buat keputusan untuk tarik Viere blah dari situ, sbb Beantik ngan Mat Jam dah lama menghilangkan diri. Bila aku tarik Viere, Cina tu pun follow aku. Pastu dia ugut aku, dia pijak kaki & cekak lengan aku. Pala butuh aih Cina ni, dia cakap “u ingat u sapa, u taiko kat sini ka? ini petaling streeeeet maaaaaaa”.. ceh, igt aku cuak kot.. haha.. tapi cakap dalam hati aja la..

Pastu ada sorang apek ni, aku rasa dia pegang area tu sound mamat Cina nie. Mamat tu pun lepas tangan aku, pastu mintak maaf & setel dari kami. Pergh, nasib ada taiko!! Thank taiko.. :p Akhirnya kami lepas, dan bayar lagi RM 16 sebab terlalu cuak dengan keadaan tu. Lepas tu, balik hotel dan tidoq. zZzZzZ…

Party Mi Segera!!

Kami tiba di Hotel Palace of Beach & Spa, dekat The Mines dengan keadaan lapar. Disebabkan terlalu lapar dan harga makanan yang mahal, kami telah ke Giant di The Mines dan memborong Megi untuk dimakan. Pergh, aci mau tengok resit la.. :p

Konklusi

Petaling Street – Aku takkan pi dah sampai aku bleh pegang area tu! Haha..
Trip diteruskan ke Genting, tapi aku drop kat KL dan balik ke Perlis sbb ada urusan rasmi.
* Dalam masa terdekat ni aku upload pics. tQ

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment