Category: Daily Craps

  • My Life?

    My Life

    Rutin harian, bangun pukul 9 pagi dan terus ke kedai untuk melaksanakan kewajipan. Bekerja untuk mencari secebis pengalaman sebagai bekalan menghadapi masa depan yang mencabar dan penuh dengan kekejaman. Wudien, ayat skema siot.. Ya lah, 9 Pagi masuk kerja, 4.30 Petang keluar keja pastu balik rumah atau pi memana yang dirasakan best.

    Start Sabtu aritu, dah bertambah bilangan member aku yang mempunyai pekerjaan sampingan, iaitu menjadi penjual Jagung Panggang Matahari. Apa itu? Jagung Panggang Matahari ialah sebuah rangkaian gerai yang menjual jangung Taiwan yang dipanggang dan dijual dengan harga RM2 bagi satu labu/setongkol. Jagung Panggang Matahari ini terdapat di 5 lokasi berbeza di seluruh negeri Perlis, iaitu di hadapan The Store, Padang Besar, Kuala Perlis, depan Aneka dan Taman Kemajuan. Mai la pakat-pakat beli.. Sedapppppp..

    Aku Masih Mengharap

    Banyak benda yang aku berharap akan terjadi kat diriku yang lemah ini, pertama, menanti si epal hijau yang sedang sibuk nun jauh di sana. Kedua, menanti perkhabaran gembira yang aku boleh join Red Frame Studio dan belajar selok belok fotografi dengan deorang yang dah pakar. Kalau dah ada ilmu tu, apa salahnya dicurahkan kepada orang yang memerlukan. Betul tak gitu? I hope so…

    My Project

    Projek? Sebagai usahawan muda yang berjaya, banyak projek perlu dilakukan untuk menajamkan minda dan mengasah bakat. Antara projek yang sedang dijalankan dalam minggu/bulan ini ialah.

    • Proses penaiktarafan laman web penyokong Singa Utara, www.singautara.net dan maintenance.
    • Hotel Langkasuka Langkawi, masih menunggu payment daripada pihak pengurusan.
    • Komuniti Remaja Malaysia, www.mydspace.org

    Berkaitan dengan menunggu payment ni, orang yang berpengalaman, pakar dan ‘pakar’ hanya gelakkan aku. Kenapa?

    “Hey, ko buat kelakar ke? Kalau aku, paling minimum pun RM2000…”

    “Hah? Buat video production hampa amik RM150 saja?”

    Kenapa RM 150? Di Negeri Perlis kesayangan ni, bidang-bidang pembangunan laman web ni masih kurang menjadi perhatian dan video production pun orang tak kisah sangat. Walaupun ramai yang mampu memiliki Video Cam sendiri, tapi deorang tak mampu nak manfaatkan perkhidmatan yang disediakan.. Mungkin salah aku jugak, kurang promosi..

    Akhirul Kalam

    Buat masa ni, aku gembira di tempat aku bekerja sekarang. Kamera yang aku gunakan untuk shoot/candid gambar telah dipinjam buat masa yang agak lama. Aku masih mencari kalau-kalau ada kamera Digital SLR yang dalam keadaan baik untuk dibeli.

  • Salam Maal Hijrah 1428

    MUHARRAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

    Pada asasnya, Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

    (more…)

  • Pemergian Seorang Sahabat

    Kemarin, 9 Januari 2007. Aku dikejutkan dengan berita pemeriagan member baik aku, Faidz. Dia yang lebih mesra dengan panggilan Cat, pergi meninggalkan kami akibat kemalangan jalan raya. Aku tak sangka, kawan baik aku yang periang, sentiasa ceria dan aku sentiasa gembira bila dengan dia pergi dahulu meninggalkan kami.

    Dia merupakan classmate aku, dan aku duduk di sebelah dia, aku amat terasa dengan pemergiannya.. Dia banyak berjasa dan aku amat terhutang budi dengan dia. Dia banyak menolong aku dan aku kehilangan seorang rakan yang sukar dicari pengganti.

    Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatasnya. Aminnnn……….

  • Selamat Hari Raya Korban, Selamat Tahun Baru 2007, Selamat Tinggal 2006..

    Hari Raya Korban

    Gambar-gambar sekitar acara sembelih lembu sempena Hari Raya Korban yang diadakan di rumah tokwan kat Tambun Tulang.

    Klik Sini Untuk Ke Galeri Gambar.

    Tahun Baru?

    Tiada yang baru. Tiada azam baru dan segala-galanya lama. Hanya baru pada nama..

  • Malas ……

    Malas nk posting. Forum baru aja siap, dSpace macam biasa. Meh sapot!

    dSpace – Komuniti ala-ala myspace/fster made in Malaysia!

    dForum – Forum remaja melepak, lebih baik drpd melepak di luar, jadi rempit.

  • Satisfaction!

    Satisfaction? Yeah. Dah 4 hari aku bekerja kat Pasaraya Sena Indah. Best sbb dapat hilangkan boring. Hari-hari bangun 8, pukul 9 masuk kerja. Pastu pkul 4.30 boleh balik. Itulah jadual seharian aku seminggu ni. Tapi aku lebih suka buat OT (Over Time) sbb kalau balik pun aku boleh buat apa sangat selain mengadap depan PC ? OT dapat duit woo.. Igt senang ka nak dapat duit mudah-mudah je skg ni kalau tanpa usaha kan?

    Yeah, kemarin aku start ditrain jadi cashier. Ahaks, agak menarik jadi cashier sbb banyak time bleh rilex. Pesan boss aku, cashier ni rilex aja, walau ramai mana orang pun kita tetap kena rilex. Biaq orang nak ramai, kita buat kerja kena rilex. Ahaks. Rilex banyak no.. Tapi biasa la, aku ni jenih xleh dok diam sat.. Dok sat, ada la kerja lain nak buat. Pi susun Milo, susun susu, susun macam-macam la. :)

    Actually, aku ada satu post yang termiss, post tentang kursus e-katalog yang aku join aritu. Nanti bila ada masa, aku post aja. Hurm, ni satu emel yang aku dapat daripada manager Hotel Langkasuka, En. Azhar;

    dear muna & adam..
    askum..
    from the day one, i keep on saying that i also like you guys before .. wanted to gain experience ..hence, now when i start working, i knew
    how the ‘clients’ see from their view ..
    so if u just list the quotation & a sample of website may not be good enough..
    pls x get me wrong, that’s not ur fault..and not my boss either but
    u have to see from my point of view..
    my boss never go to school, 70s, came from penang to langkawi,started jual sirih,bukak kedai runcit, through
    hard work & disiplin , upgrade to mini market, hotel langkasuka,  then supermarket, open 2nd hotel -seaview at kuah, open
    another supermarket, open another mini market, buy a warehouse, built a condo-apartment..
    i myself who work for him for 1 year at that time find so, so tough to convince him to install cable to our dewan2 seminar & register $148/mth streamyx
    charge..i promote & our guest-clients who are mostly cikgu2 ,officer govt officer meeting who wanted to use faster,wireless streamyxc pun complain
    ..still boss i rasa too expensive, boleh cover modal ker ( as installing cable to all dewan seminar cost us RM1000 )..i terpaksa tunggu anak
    dia study pc from u.s balik to convince him..
    u see now..? it is hard to do..& we ;re talking to my boss who is top 10 richest man in kedah…
    just using nokia 3310 & no watch ! but of course, with merce s320 with kv 88 expensive car-plate,
    i take it positively,
    this is how cina works & berjaya ,kan? ..bukan kedekut, tapi cermat & particular in details.. my boss is in 70s anak2 dia all chartered accountant,
    bla2…but then he still sihat, taichi, dok pusing, ronda2 his hotel, supermarket to check , monitor..kalau org melayu, umur 70, dok terbaring,
    so this is what i want to learn from them..org cina..they all work hard, kan ? so it’s fair they got rich, even islam pun cakap, Allah tak akan
    ubah nasib suatu kaum unless usaha..
    back to ur situation, i strongly believed if I-Allah, i can post to u the hotel brochure earliers, u may scan & make it the best presentation ever..
    why must my boss should pay u ? ask that Q to u..try to be in his position.. if u said ada template reservation, pls don’t just say it to him, but pls
    show to him, demo how the reservation process can be done better by online, rather than normal phone call
    yup, i agree that u end up terpaksa bersusah payah, when i x guarantee my boss jadik nak pay u..maybe worse come to worse, penat2 u buat demo
    semua2, he said simply..end up sorry, not interested.. !
    but u’re not loser, u gain valuable experience, ..it’;s a hard tough world out there.. money are not coming from the sky.. u have to
    put sweat for it.. and many indirect lessons along with it..
    if u x sanggup, just mention to me, i x want to waste ur time & mine either.. it’s ok, no hard – feeling .. & u may focus ur u intake soon..
    p/s: but u know what,  our youth passionate & determination is so good ..when i dok tunggu spm like u guys, i still recalled i work part time at photostat
    @ kangar, target to buy my dream stuff-.. i work 2 mths, and finally went to pdg besar to buy that  a wilson pro staff tennis racquet endorsed by pete sampras !
    i puas hati..& at that time, hilang penat i for the past 2 mths !
    just like my sis, struggling to grad in medical..so pls  cc this e-mail to ur adam too..
    and maybe this is our last e-mail , if u x want to take that challenge..or u may think not worth it.
    hence this pic of my family told u & adams a thousands words of my adik’s hard work & struggling to grad in medical.
    muna & adam..
    take good care.wslm
    * Legend *
    Adam – Aku
    Muna – Member aku; aku ngan dia join venture utk cari projek bina laman web.
    En. Azhar – ‘Manager’ Hotel Langkasuka