Category: Daily Craps

  • 20 08 2008

    20 08 2008

    Baru aku sedar tarikh hari ini amat cantik dengan kombinasi tarikh hari, bulan dan tahun. Jika didekatkan akan menjadi 20082008. Pada tarikh ini Adam ada cerita menarik untuk dicoretkan di sini. Harini lebih kurang 2 jam Adam lepak bersama bro Hadi, seorang ‘gatekeeper’ kereta api di Gate Kereta Api Ngulang, Mata Ayer, Perlis. Tujuan hanya satu — untuk mendapatkan panning kereta api. Walaupun panning menjadi tapi sedih kerana composition tidak begitu menarik. Mungkin esok boleh cuba lagi. Hari ini jadual kereta api agak tergendala. Jadi hanya sekali kereta api melalui gate itu.

    Kereta Api Panning

    Panning menjadi, tapi composition tak berapa menarik.

    Hidup Adam hari ini agak tidak berapa ceria. Adam keluar rumah sekitar jam 10 pagi untuk menghantar Teh ke bank untuk urusan pembukaan akaun di CIMB Bank. Kemudian Adam ke library untuk membuat carian tentang research. Hampa — tidak banyak buku yang boleh digunakan untuk assignment kami. 20082008 akan meninggalkan kita tanpa kita sedar. Esok 21082008 akan muncul dan kita perlu berusaha untuk menjadikan hari esok lebih baik daripada hari ini.

  • Kepulangan

    Salam. Setiap kali apabila tiba musim cuti Adam akan pulang ke Perlis. Sebenarnya Adam tidak mempunyai tajuk yang menarik untuk diletakkan apabila setiap kali Adam membuat posting tentang apabila Adam balik ke Perlis. Kali ini Adam balik ke Perlis sempena cuti pertengahan semester, agak lewat kerana menghadiri Photo Camp 2008. Tiket yang dibeli pada minggu lepas berharga RM58.50 bersama Hafiz dan Amer dirasakan amat bermakna kerana sudah lama Adam tidak balik menjenguk Umi dan adik-adik di Perlis. Juga ingin untuk bertemu rakan-rakan yang sudah sebulan lebih tidak berjumpa. Mungkin banyak aktiviti sempena cuti ini.

    (more…)

  • Cabaran Berdakwah Melalui Persuratkhabaran

    Cabaran Berdakwah Melalui Persuratkhabaran

    Assalamualaikum WBT

    Hari ini Adam bersama ahli kumpulan; Ima Aimi Nadia, Sharifah Nuraini, Nur Azzah dan Nina Syakila telah berkesempatan ke Pejabat Editorial Utusan Melayu di Chan Sow Lin. Tujuan kami ke sana adalah untuk menjalankan temuramah dengan Ketua Pengarang Meja Agama Utusan Malaysia; En. Radzi Md Zain bagi menyempurnakan tugasan bagi kursus JRN211 – Journalism bertajuk “Cabaran Berdakwah Melalui Persuratkhabaran”

    Kami bertolak dari UiTM Melaka dengan menaiki bas Mara Liner tepat jam 8.45 pagi dan tiba di stesen bas Pudu Raya jam 11.00 pagi. Setibanya di sana, kami bergerak ke Pejabat Utusan yang terletak di Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin dengan menaiki LRT dari stesen Plaza Rakyat dan turun di LRT Chan Sow Lin sebelum menaiki bas ke Jalan Lima.

    (more…)

  • Gathering Reflector Studio 02/08

    Gathering Reflector Studio 02/08

    Assalamualaikum WBT.

    Pada Sabtu lepas, 2 Ogos 2008 warga Reflector Studio telah mengadakan gathering untuk kali kedua di Cheras, KL pada tahun ini. Gathering ini disertai oleh sebahagian ahli Reflector Rovers dari Melaka, Bangi, Ipoh dan Perlis.

    RS dan PR di Kg. Baru

    Reflector Studio dan Putra Rovers di Kg. Baru ketika aktiviti makan malam.

    Antara aktiviti menarik sepanjang gathering ringkas ini ialah makan-makan, round KL, ke PC Fair KLCC dan melepak di Bukit Permai. Walaupun sibuk dengan assignment dan perkara lain, namun semua ahli Reflector Studio dapat berkumpul dan meluangkan masa untuk bertukar-tukar pendapat setelah lebih sebulan tidak bertemu.

    Antara yang hadir semasa gathering tersebut ialah:

    Melaka – Adam, Hafiz, Bugis, Amer
    Ipoh -Nu’man
    Bangi – Afiq
    Perlis – Fakhrul, Amran, Lan, Mart
    Tuan Rumah – Che Din

    Terima kasih kepada Che Din kerana sekali lagi telah memberi tempat tidur yang amat selesa di rumahnya di Taman Cheras Indah. Semoga kita bertemu lagi.

  • Selamat Bulan Ogos!

    Selamat Bulan Ogos!

    Salam.

    Sedar tak sedar, dalam mengejar masa dari pagi ke petang, petang ke malam rupa-rupanya Adam tak sedar yang bulan Julai telah pun melabuhkan tirainya dan diganti dengan bulan Ogos. Sudah empat minggu lebih Adam berada di bumi Melaka. Apa yang Adam buat sepanjang bulan Julai lepas?

    1. Mungkin minggu pertama Adam berada di sini. Menghabiskan masa bersama rakan-rakan sebilik, selevel dan seblok serta sekelas. Mungkin juga.
    2. Minggu kedua Adam telah berada di Melaka juga. Tapi tidak pasti di mana. Mungkin di bandar, mungkin juga di dalam bilik.
    3. Minggu ketiga? Adam bersama dengan Aliff aka Cha ke Cheras untuk mendapatkan sebuah Canon EOS 450D di Pertama Complex.
    4. Minggu keempat mungkin Adam telah berada di Dewan Bendahara mendengar ceramah yang disampaikan oleh Proffesor Izzudin Hj Ali (Prof Izzi) dan menerima tandatangan ekslusif daripada beliau. Lalu keluar outing untuk berfoto di Bandaraya Melaka.

    Maaf, gambar menggunakan kamera 2MP Nokia 6233. Cukup setakat ini. Blog ini nampaknya telah ada sarang labah-labah. Mungkin akibat terlalu lama tidak membuat posting, lalu si labah-labah berani membuat sarang di sini. Hm, disamping tu banyak kejadian aneh berlaku di UiTM Melaka. Adakah di sini telah kurang tahap keselamatannya yang diganggu oleh makhluk hutan? Lupakan juga tentang itu, yang penting kita perlulah teruskan beramal. Oh, sempena bulan Ogos, themes juga baru! Lebih berwarna-warni dan ada seekor ladybird di hujung sana!

  • Program Bicara Motivasi UiTM Melaka 2008

    Salam.

    Sekadar posting ringkas untuk minggu ini. Minggu ini seperti minggu-minggu biasa, sibuk dengan jadual harian yang padat. Dan pada hujung minggu – Sabtu, Adam dan pelajar part 3 dan part 1 Mass Comm telah menghadiri satu Program Bicara Motivasi di Dewan Bendahara, UiTM Melaka. Tajuk motivasi pada hari tersebut ialah “Pembentukan Personaliti Remaja” oleh Prof. Madya Hj. Md. Izuddin bin Hj. Ali dan sesi forum “Impak Sosiobudaya Terhadap Pelajar Masa Kini”.

    Perkara yang menarik pada hari tersebut bukanlah tentang tajuk motivasi dan perbincangan, tetapi yang lebih penting ialah Adam dapat bersama Prof. Izzi Hj. Ali di atas pentas di hadapan lebih 800 orang pelajar Mass Comm. Ini adalah pengalaman baru kerana sebelum ini Adam tidak pernah untuk ‘menonjol’ seperti kejadian yang lepas.

    Oleh kerana kedudukan Adam adalah di barisan paling hadapan, mungkin itulah puncanya beliau memanggil Adam untuk ke pentas dan bertanyakan soalan. Walaupun agak nervous tetapi masih dapat mengawal diri :)

    Sebagai tanda penghargaan, beliau telah memberikan sekeping RM1 yang ditandatanganinya secara ekslusif!