Category: Daily Craps

  • Ombak dan Pantai

    Ombak dan Pantai

    Aku ingin menjadi seperti ombak & pantai..
    Walau ada pasang surut, gelora melanda, mereka tetap bersama..
    Tiada siapa yang boleh memisahkannya, sentiasa setia…
    Ombak selalu mengejar pantai, pantai setia menunggu ombak walaupun sakit dipukul ombak…
    Kita lahir dengan satu hati yang jauh didalam diri kita…
    Mengingatkan kita pada penghargaan & pemberian CINTA…
    Diharapkan berasal daripada hati yang paling dalam…
    Belajar untuk mencintai & menikmati betapa kita dicintai…
    Tetapi jangan pernah mengharapkan org lain untuk mencintai kita sepertimana kita mencintai dia…
    CINTA tak semestinya bersatu…
    Tetapi cukuplah kita pernah memiliki CINTA orang yang kita cintai itu….

    * Gambar hiasan: Teluk Gong, Melaka

  • Reviu Cuti Semester 01/2008!

    Akhirnya Adam berpeluang untuk menulis di blog ini dengan penuh ketenangan. Banyak perkara menarik telah berlaku sepanjang cuti semester Mei – Jun yang sememangnya akan menjadi kenangan dan tidak akan dilupakan oleh Adam.

    Sebagai ringkasan, adakah mudah sekiranya semua aktiviti dan kenangan manis dan pahit akan Adam coretkan dalam garis masa di bawah.

    11 Mei 2008 – Bermulanya cuti semester. Adam dan Hafiz serta rakan yang lain pulang ke Perlis.
    17 Mei 2008 – Bersama Putra Rovers membuat gotong royong di Kem Pengakap Sungai Batu Pahat, Perlis.
    19 Mei 2008
    – Adam bersama rakan ke Pulau Pangkor. Klik untuk cerita.
    21 Mei 2008 – Pulang dari Pulau Pangkor.
    25 Mei 2008 – Bersama ahli Putra Rovers ke Alor Setar sempena Hari Keluarga Putra Rovers 2008.
    30 Mei 2008 – Kursus Kelana dan Kursus Manikayu Kelana Peringkat I di Kem Pengakap Sungai Batu Pahat, Perlis.
    04 Jun 2008 – Harga Petrol dan Diesel diumumkan naik kepada RM 0.70 dan RM 1 seliter.
    06 Jun 2008 – Adam dan rakan ke Kolam Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah.
    07 Jun 2008 – Adam dan rakan ke Sungai Sedim untuk lawatan ahli Putra Rovers yang menyertai Kursus Asas Kayak Peringkat Negeri Perlis 2008.
    08 Jun 2008 – Adam dan rakan ke Pesta Orkid Peringkat Kebangsaan 2008 bersama Mr. Ho Thean Sung.
    11 Jun 2008 – Adam dan rakan Reflector Studio ke berkonvoi Pulau Pinang.
    13 Jun 2008 – Merchandise Reflector Studio – Stiker telah berjaya dicetak dan diedar kepada ahli.
    17 Mei 2008 – Adam dan rakan ke Kuala Lumpur.
    20 Mei 2008 – Adam dan rakan ke Cameron Highlands.
    22 Mei 2008 – Adam dan rakan Putra Rovers ke Puncak Janing, Kedah.
    23 Mei 2008 – Pendaftaran Reflector Studio dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Reflector Studio kini berstatus syarikat berdaftar di bawah SSM.

    Kebanyakkan aktiviti Adam semasa cuti adalah berada di sekitar Kangar, Kuala Perlis dan Alor Setar disamping Changloon dan Jitra. Ada beberapa lagi aktiviti yang mungkin tidak dimasukkan atas alasan terlalu remeh. Nanti Adam akan masukkan gambar untuk aktiviti berkaitan. Salam.

  • Aku Bukan Untukmu

    [audio:http://www.rs.com.my/data/Zaf_Lah_VE_-_Aku_Bukan_Untukmu.mp3]

    Dahulu kau mencintaiku
    Dahulu Kau menginginkanku
    Meskipun tak pernah ada jawabku
    Tak berniat kau tinggalkan aku

    Sekarang kau pergi menjauh
    Sekarang kau tinggalkan aku
    Disaat ku mulai mengharapkanmu
    Dan kumohon Maafkan aKu…

    Aku menyesal tlah membuatmu menangis
    Dan biarkan memilih yang lain….
    tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
    Pasti itu terbaik untukmu…

    Janganlah lagi kau mengingatku kembali…
    Aku bukanlah untukmu
    Meski ku memohon dan meminta hatimu
    Jangan Pernah tinggalkan dirinya
    Untuk diriku…

    OST Sepi – Zaf & Lah VE – Aku Bukan Untukmu

  • PangkorNet New Looks!

    Pangkor Net

    Salam. Semalaman aku meluangkan masa untuk menggodek layout laman web informasi Pangkor.net untuk interface yang lebih kemas dan menarik. Laman Pangkor.net dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada para pelancong untuk meneroka keindahan Pulau Pangkor secara maya sebelum anda berkunjung ke sini. Pangkor.net bertindak sebagai perantara untuk anda mengetahui serba sedikit tentang pulau yang bersejarah ini. Pangkor.net berikan anda kemudahan untuk memilih Chalet dan Resort yang sesuai untuk ditempah dengan pakej-pakej menarik! Klik WWW.PANGKOR.NET.

    Selain menukar layout Pangkor.net, aku juga mengkaji theme baru yang dipakai di Adam’s Playground ni untuk memenuhi kehendak hati seperti mengubah CSS img-nya yang agak tidak senta. Insya-Allah, aku akan postkan REVIEW CUTI SEMESTER yang sememangnya gempak dan akan menjadi kenangan sepanjang hayat :)

  • SUKA vs SAYANG

    SUKA vs SAYANG

    Suka dan Sayang

    Jangan tinggalkan org yang kita SAYANG untuk orang yang kita SUKA,
    Kerana orang yang kita SUKA akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka SAYANG,
    Jangan cuba dapatkan apa yang kita SAYANG,
    Tapi SAYANGlah dengan apa yang kita ada sebelum kita kehilangan apa yang kita SAYANG,
    Kerana orang yang SAYANGkan kita mungkin orang yang sebenarnya kita SAYANG,
    Lebih baik bersama dengan orang yang SAYANGkan kita daripada orang yang kita SAYANG,
    Kerana orang yang kita SAYANG mungkin hanya SUKAkan kita tanpa rasa SAYANG,
    Fikirkanlah, :)

  • Kesibukan Masa Cuti

    Salam.

    Bila sampai satu masa — tiada masa untuk berblog lagi. Mungkin banyak aktiviti sehingga masa 24 jam sehari tidak dapat diluangkan untuk menulis di sini.

    Secara ringkasnya, tiada entri berbentuk informasi pada minggu lepas, minggu ini dan minggu akan datang kerana kesibukan kerja luar mengatasi segalanya. Banyak program pematnapan Putra Rovers akan dilaksanakan untuk kemajuan Putra Rovers dan Pengakap Negeri Perlis.