Category: Daily Craps

  • Curahan Rasa

    Cuarahan Rasa. Ketika pemikiran melayang jauh. Lagu ini diputarkan di corong radio kegemaranku, Sinar FM. Hari-hari terakhir yang agak sibuk menjadikan pemikiran lebih bercelaru ditambah dengan sakit-sakit yang tidak diundang. Bermula dengan keracunan makanan akibat memakan makanan dining (sekadar andaian) atau meminum air daripada tandas yang dimasak, kemudian badan menjadi panas-panas. Alah bisa tegal biasa. Semuanya dihadapi dengan penuh tenang. Namun beberapa perkara yang telah lama difikirkan umpama datang berlegar-legar di kotak fikiran. Kenapa perlu bermain di sini? Tidak ada tempat lainkah untuk kalian bermain dan berseronok? Keluar dari sini!!

    Hujung minggu, Adam sekali lagi berada di Cheras. Semalam menyertai DMC 3E ke rumah terbuka Saudari Acud dan Saudara Fadh di Kuala Pilah. Kemudian secara terus ke Cheras dengan Sharifah dan Azza yang pulang ke Klang. Alhamdulillah, kesemua laporan telah berjaya disubmit. Cuma tinggal beberapa individual assignment yang perlu dibereskan. InsyaAllah, Adam akan siapkan secepat mungkin kerana hanya tinggal dua minggu lagi sebelum final exam menjengah tiba.

    (more…)

  • Kesibukan dan Ketenangan

    Kesibukan dan Ketenangan

    Seminggu selepas Adam berada di Melaka, banyak sungguh urusan yang perlu Adam selesaikan. Antaranya menyiapkan tugasan untuk grafik dan foto journ. Juga menghantar assignment journalism.

    Weekend, Adam berada di Kuala Lumpur kerana mengunjungi saudara Ariff dan Fakhrul di sana disamping mencari ketenangan. Ketenangan yang dicari amatlah mendamaikan. Adam berjaya untuk mengarang sebuah cerita pendek untuk storyboard Adam. InsyaAllah penggambaran akan dijalankan dalam masa terdekat.

    Sate Hj Samuri

  • Senario The Movie : Episod 1

    Senario The Movie : Episod 1

    Assalamualaikum WBT

    Ketika entri ini ditulis, Adam baru sahaja pulang daripada menonton Senario the Movie Episod 1 di GSC Mid Valley bersama Epih, Cedin dan Pandir. Pop corn yang di makan masih lagi melekat di celah-celah gigi dan sukar sekali untuk dihilangkan rasa popcorn tersebut. Lupakan tentang kisah popcorn, mari kita mulakan reviu Adam tentang filem ini. Untuk pengetahuan, Adam belum pernah membuat sebarang reviu daripada filem yang Adam tonton di panggung walaupun hanya tiga buah filem yang Adam tonton di panggung. Jadi, Adam telah memulakan sesuatu yang baru. Walaupun Adam tak pandai untuk mengulas, apatah lagi membuat kritikan, tapi Adam cuba untuk sesuatu yang baru.

    (more…)

  • Selepas Raya 1429H

    Selepas Raya 1429H

    Assalamualaikum WBT.

    Sedikit Entri selepas raya tahun 1429 Hijrah. Raya ini dirasakan seperti sesuatu yang berbeza dengan raya lepas. Mungkin kerana faktor umur yang sudah mengakhiri belasan tahun. Mungkin.

    Raya pertama Adam pada tahun ini dihabiskan bersama keluarga di kampung. Pada awal pagi selepas sembahyang sunat Aidilfitri, Adam dan keluarga ke Padang Siding untuk menziarah Tok dan sepupu di sana. Juga, selepas itu Adam ke rumah Pak Long Li kerana Mak Long menyediakan mi kari untuk tetamu yang bertandang ke rumah. Pada tengah harinya Adam ke rumah Tok Wan di Behor Mempelam. Ramai yang ada di sana. Keluarga Pak Njang Nasir pun beraya di sini. Pada sebelah petangnya, empat buah keluarga Mak Teh bertandang ke rumah dan kesempatan itu diambil untuk bertanya khabar kerana hampir tidak kenal ‘orang jauh’ mungkin kerana sebelum ini Adam mengamalkan sikap tidak endah sahaja. Tapi sekarang Adam perlu kenal mereka, bukannya orang lain. Ada pertalian darah antara kami.

    RS Family di Hari Raya

    RS Family di Hari Raya

    (more…)

  • Al-fatihah Asrol Aizan Bin Zahari

    Assalamualaikum WBT

    Posting ini dibuat selepas Adam menerima berita bahawa saudara Asrol Aizan yang juga dikenali sebagai Dek Jan telah kembali ke Rahmatullah pada petang tadi akibat satu kemalangan di Beseri, Perlis.

    Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya. Salam takziah kepada keluarga Allahyarham.

    Al-fatihah.

  • Salam Aidilfitri 1429H

    Salam Aidilfitri 1429H

    Assalamualaikum W.B.T.

    Sebagai pembuka bicara Adam mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H kepada semua pengunjung Adam’s Playground, keluarga tercinta, rakan-rakan Reflector Family, rakan-rakan DMC3E, rakan-rakan Putra Rovers, rakan-rakan Lekiu 2-2, rakan-rakan blogging, rakan-rakan ham radio dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini secara langsung atau tidak.

    Sepuluh jari disusun dengan kerendahan diri memohon ampun agar segala percakapan, perlakuan atau syak wasangka dimaafkan. Adam akan cuba perbaiki kelemahan diri agar dapat menjadi seorang anak, abang, pelajar, dan rakan yang lebih bertanggungjawab pada masa akan datang.

    (more…)