≡ Menu

Senario The Movie : Episod 1

Assalamualaikum WBT

Ketika entri ini ditulis, Adam baru sahaja pulang daripada menonton Senario the Movie Episod 1 di GSC Mid Valley bersama Epih, Cedin dan Pandir. Pop corn yang di makan masih lagi melekat di celah-celah gigi dan sukar sekali untuk dihilangkan rasa popcorn tersebut. Lupakan tentang kisah popcorn, mari kita mulakan reviu Adam tentang filem ini. Untuk pengetahuan, Adam belum pernah membuat sebarang reviu daripada filem yang Adam tonton di panggung walaupun hanya tiga buah filem yang Adam tonton di panggung. Jadi, Adam telah memulakan sesuatu yang baru. Walaupun Adam tak pandai untuk mengulas, apatah lagi membuat kritikan, tapi Adam cuba untuk sesuatu yang baru.

Senario the Movie

Filem Senario the Movie Episod 1 berkisar tentang kehidupan bagaimana tiga orang insan yang bernama Mazlan, Azlee dan Wahid bekerja untuk hidup dan berkongsi matlamat yang sama iaitu menjadi pelawak terkenal. Namun, nasib tidak menyebelahi mereka kerana Wahid telah dibuang kerja, Azlee dan Mazlan tidak senang dengan pekerjaan mereka. Pada satu hari, mereka ternampak satu iklan di surat khabar tentang ujibakat mencari pelawak. Sememangnya mereka mempunyai keinginan untuk menjadi pelawak terkenal, jadi mereka bertekad untuk menyertainya. Sebelum ke Kuala Lumpur untuk menguji bakat, mereka terpaksa berusaha untuk mencari wang dengan pelbagai cara. Akhirnya mereka berjaya juga sampai ke Kuala Lumpur.

Setibanya di Kuala Lumpur, ada saja cabaran yang mereka terpaksa mereka lalui sehingga hari ujibakat. Semuanya akibat tiada bekalan wang untuk menyara hidup mereka di Kuala Lumpur sehingga terpaksa mencuri untuk makan dan tidur di perhentian bas. Di hari uji bakat, mereka terpaksa berjalan sebelum sampai ke tempat ujibakat tetapi akhirnya mereka terlepas untuk ujibakat tersebut. Namun, ‘bakat’ mereka diperhatikan oleh seorang pemilik zoo, lalu mengambil mereka untuk menjadi penghibur di zoo miliknya.

Sebenarnya Adam kurang sedap dengan filem ini. Kerana sebelum Adam menontonnya, Adam mengharapkan sesuatu yang terbaik daripada Senario. Adam mengharapkan sebuah filem yang mempunyai jalan cerita yang menarik seperti filem-filem mereka terdahulu tetapi hampa. Cara penceritaan yang digunapakai dirasakan seperti menenggelamkan ciri-ciri lawak mereka. Penggunaan narator menjadikan mood menonton Adam seperti terganggu. Sudah awal-awal lagi Adam berniat untuk ‘gelak besar’ tetapi Adam kecewa kerana hanya ada beberapa babak sahaja yang Adam rasa betul-betul lawak. Lainnya– hampa.

Kesimpulannya, Adam kurang bersetuju dengan kaedah Ahmad Idham mengarahkan filem ini. Bagaimana dia boleh terfikir untuk jalan cerita seperti ini? Adam ada juga mencari bagaimana beliau menyelitkan nilai-nilai murni di dalam filem ini tetapi kurang. Lawak Azlee, Mazlan dan Wahid juga tidak menyengat dengan hanya lawak-lawak biasa. Adam bersetuju dengan kata-kata Faris bahawa “Filem Senario The Movie Episod 1 hanya dipenuhi dengan lawak-lawak kosong”. Kalau sebelum menonton Adam menyangkal sekeras-kerasnya, tetapi sekarang Adam bersetuju. Kehadiran Fauziah Nawi dan Piee sebagai pelakon sampingan berjaya membuatkan Adam tersengih dengan lawak selamba mereka dan menjadi penyelamat daripada lawak kosong Senario. Wassalam.

Other articles you might like;

1 comment… add one
  • amran October 13, 2008, 2:18 am

    bgs tgk wayang
    jgn tersilap tgk org dh la
    ha3

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3

Next post:

Previous post: