Category: Daily Craps

  • Adam 20 Tahun

    Adam 20 Tahun

    Tahniah Adam, anda sudah 20 tahun. Apakah pencapaian paling anda banggakan pada peringkat umur ini? Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang banyak memberi sokongan dalam setiap pekerjaan yang Adam sertai. Tahun ni tak sama macam tahun lepas, sebab takdak kek. Masih memikirkan apakah hadiah untuk Adam sempena 20 tahun ni. =)

    P/S – Terima kasih kepada Add dan Am untuk 100 Plus di atas. Mereka sungguh comel!

  • CIMB KL Open Squash Championship 2009

    Keletihan bertarung lima set untuk dua hari berturut-turut jelas memberi kesan buat juara bertahan kategori lelaki, Ong Beng Hee yang akhirnya tunduk di tangan Adrian Grant, semalam.

    Selepas menang set pertama 11-7, kudrat Beng Hee nyata sudah berkurangan dan akhirnya tunduk 4-11, 3-11, 8-11 untuk membolehkan pilihan ketiga, Grant mencipta sejarah bersama-sama pilihan utama, Peter Barker merebut gelaran dalam final sesama pemain Inggeris pertama sejak kejohanan itu dimulakan pada 1999.

    Adam berada di tempat kejadian semasa perlawanan ini berlangsung. Sesudahnya tamat perlawanan antara mereka, Adam mendapat saguhati daripada Adrian Grant — sehelai t-shirt kuning CIMB Kuala Lumpur Open Squash Championship 2009. Adrian Grant baling baju ini ke arah Adam dan Adam menangkapnya dengan kemas! Haha.

    Maaf kepada mamat kat sebelah yang kalut sangat nak baju ni. Offer me la kalau anda mahukan baju ini =)

  • MASALAH

    Subjek: Masalah Diri Sendiri, Masalah Ciptaan Sendiri, Masalah Ciptaan Orang Lain, Masalah Datangnya Sendiri.

    Point sebenarnya ialah MASALAH. Terdapat pelbagai cara sebenarnya masalah hadir tiba. Saya baru pulang daripada kekalahan bermain bola tampar mewakili level untuk Sukan Kolej Lekiu. Saya cipta masalah dengan menghadiri perlawanan bola tampar sedangkan esok adalah mid term test untuk subjek Broadcasting. Mari kita cuba untuk menggantikan masalah ini dengan kegembiraan, saya cuba!

    P/S – Cara lain masalah terbentuk akan diterangkan dalam posting akan datang. Tema minggu ini ialah MASALAH :D

  • Semua Orang Sibuk

    Salam.

    Dicelah-celah kesibukan seharian Adam, sempat lagi Adam curi sedikit masa untuk mencipta posting baru. Sebenarnya ada saja cerita yang nak ditulis di sini tapi masa sentiasa menjadi penghalang.

    Selepas kepulangan dari Program Perkasa Siswa 2009 anjuran Hal Ehwal Pelajar dan Unit Kaunseling, Adam kembali seperti biasa. Bercerita tentang program ini, Adam dikatakan dapat menambah senarai rakan JPK dan MPP UiTM Melaka sahaja. Pengisiannya agak kosong. Namun Program Bual Bicara Kemerdekaan di Kampus Bandaraya sedikit membawa manfaat kepada Adam.

    Meneruskan kehidupan sibuk yang sebiasanya. Hari Isnin terskip sekali lagi kelas Broadcasting. Hari Selasa kembali padat dengan kelas dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Oh ya, kemarin ketemu dengan Sue yang setelah hampir dua bulan di kampus yang sama — tapi baru kali pertama bertemu mata. Selain itu sibuk juga dengan aktiviti Kolej Lekiu. Sekali lagi menyiapkan kertas kerja untuk Makan Malam Kolej Lekiu bersama Kolej Tun Puteri.

    Laman web rasmi Putra Rovers juga telah dirombak secara besar-besaran. Layout telah ditukar kepada sesuatu yang lebih ada ‘gah’nya. InsyaAllah selepas ini Putra Rovers akan mempunyai domainnya sendiri, mungkin www.putrarovers.com — itulah yang dicadangkan oleh Saudara Amran.

    Surat kepada Berita Publishing untuk kajian akademik di sana sudahpun diluluskan dan insyaAllah pada 2 Mac Adam akan ke sana bersama rakan-rakan. Tidak lupa juga Adam ingin mengucapkan tahniah kepada Saudari Sharifah Nuraini kerana telah berjaya menemui cinta yang selama ini dinantinya. Jangan lupa belanja makan-makan ya, Haha=)

    Dalam kesibukan duniawi, jangalah kita alpa. Sentiasa ingatkan Allah dalam kesibukan kerana Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang, kasihnya melebihi kasih sayang sesama makhluk tetapi sedikit sekali manusia yang bersyukur bahkan tidak sedar bukti kasih sayang Allah ada di mana-mana sahaja. Mungkin itu yang nak dipesan oleh Abah. Adam dapat rasa dia datang melawat.

    ”Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri” (59:19)

  • Minggu 8

    Minggu ke-8 di Lendu. Banyak kisah menarik, sedih dan perit yang dilalui sepanjang meniti minggu ini.

    1. Ayahanda Ema Suraya telah kembali ke rahmatullah pada 14 Februari 2009.

    2. Menyiapkan Scrapbook untuk Modern Issues in Malaysia.

    3. Menguruskan hal-hal berkaitan Kolej Lekiu, Putra Rovers dan Reflector Studio.

    4. Menyertai Kursus Perkasa Siswa 2009.

    5. Jadi kuntar empat tahun.

  • Puteri Gunung Ledang the Musical Season 3

    Puteri Gunung Ledang the Musical Season 3

    Pementasan Puteri Gunung Ledang the Musical Season 3 ditayangkan di Istana Budaya pada 6 hingga 21 Februari 2009 adalah amat dinantikan oleh semua peminat PGLM. Adam berkesempatan untuk menyaksikan pementasan PGLM di Istana Budaya pada 12 Februari lepas.

    Buat pertama kali Adam menjejak kaki ke Istana Budaya yang terletak di Jalan Abdul Razak ini adalah secara tajaan. Terima kasih yang tidak terhingga yang sudi menaja Adam menyaksikan pementasan ini. Adam agak teruja apabila mendapat jemputan ini kerana ramai yang menyatakan PGLM ini adalah yang terbaik dan ‘world class’. Dengan testimoni positif yang diterima, Adam sememangnya menantikan sesuatu yang akan dibanggakan.

    Adam tiba di Istana Budaya sekitar jam 8 dimana pementasan dimulakan pada jam 8.30 malam. Pementasan yang dijayakan oleh barisan pelakon terbaik tanah air seperti Datuk Tiara Jacqualina, Stephen Rahman-Hughes, AC Mizal, Adlin Aman Ramli dan ramai lagi.

    Kisah yang berkisar tentang kedatangan rombongan Sultan Mahmud ke Majapahit bersama Laksamana Melaka telah membawa perkhabaran gembira kepada Gusti Puteri Raden Adjeng Retno Dumilah (Puteri). Lalu, Puteri jatuh cinta kepada Hang Tuah. Dalam masa yang sama, kerajaan Majapahit kan diserang oleh Demak dan Adipati meminta bantuan kerajaan Melaka.

    Setelah kemenangan berpihak kepada Majapahit, Sultan Mahmud ingin Adipati Menunaikan janjinya untuk mengahwinkan dengannya Puteri tetapi Puteri tidak rela dan melarikan diri ke Gunung Ledang. Puteri meletakkan 7 permintaan sebelum menerima pinangan Sultan Mahmud. Permintaan ke 7 ialah semangkuk darah Raja Ahmad Tetapi Sultan Mahmud tidak sanggup untuk menunaikannya.

    Walaupun jalan ceritanya boleh diduga, namun teknik pementasan yang mengagumkan berjaya memukau para penonton. orkestra secara langsung amat mengasyikkan dengan kekuatan suara yang dilontarkan oleh para pelakon, gerak tari yang mempersonakan, susunatur ‘prop’ yang lancar merupakan elemen utama yang menguatkan pementasan ini. Stage yang boleh digerakkan ke atas dan ke bawah digunakan sebaik mungkin dalam scene yang memerlukannya seperti rombongan meminang ke Gunung Ledang. Prop kapal layar, perlabuhan Melaka, Istana Melaka amat memukau

    Walaupun pementasan ini berkisar tentang peecintaan Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang, namun unsur jenaka turut diselitkan bagi merancakkan jalan cerita. Babak Sultan Mahmud menari bersama rakyat untuk meraikan kemenangan Melaka amat menghiburkan dengan tarian ala ‘dance’ di zaman Kesultanan Melayu.

    Garapan idea oleh Datin Tiara membawa angin moden dalam industri pementasan negara. Mungkin sebelum ini Adam tidak pernah didedahkan dengan pementasan di Istana Budaya, tetapi PGLM membuatkan Adam terus berminat untuk hadir menyaksikan pementasan di Istana Budaya pada masa akan datang.