Category: Daily Craps

  • Kembara Perlis – Melaka 2009

    Kembara Perlis – Melaka 2009

    Konvoi Perlis Melaka2009

    Inilah masa yang dinantikan untuk cuti semester kali ini. Percutian dalam Jamboree ini telah lama dirancang oleh pengurusan Putra Rovers. Kami akan menyertai Jamboree Melaka Bandaraya Warisan Dunia ke-7 di Kem Pengakap Tan Chay Yan selama empat hari.

    Kontigen Perlis diwakili oleh seramai 24 peserta bersama 7 orang Kelana dan 5 orang pemimpin. Di pihak Putra Rovers, kami menghantar wakil seramai 7 orang yang diketuai oleh Amran Ali bersama anak buahnya, Adam, Hafiz, Ariff Din, Khalilah, Azie Amira dan Nu’man.

    (more…)

  • Dokumentari: Bolatendang Malaysia

    Dokumentari: Bolatendang Malaysia

    Harimau Malaya

    Salam. Belum pernah lagi Adam berbicara mengenai sukan nombor satu di Malaysia iaitu bola sepak. Memang sebelum ini ada perancangan untuk menulis berkaitan Krisis Kewangan Persatuan Bola Sepak Perlis. Akibat masa yang tidak mengizinkan, Adam tangguhkan dulu hasrat tersebut. Sepatutnya posting ini berkaitan dengan Percutian ke Melaka dan kawasan sekitarnya, namun ditangguhkan dahulu untuk posting ini. Di sini ingin Adam kongsikan sebuah dokumentari yang mengisahkan perihal bola sepak Malaysia sejak belakangan ini.

    (more…)

  • Adam, Fikirlah!

    Adam, Fikirlah!

    Geng Senyum

    Ketika sedang mengemas cakera keras luaran tadi, Adam melihat semula gambar yang diambil di hadapan Seri Pentas Bandar Utama. Adam dan mereka; Nur, Ima, Fatin dan Azza ke sana untuk tujuan kajian akademik berkaitan program Remaja. Selanjutnya tunggu selepas ini. Ada posting khusus untuk mereka-mereka ini kot ;) Eh. Hanna tiada dalam gambar. Adam jeling siapa?

    (more…)

  • Zambry sah Menteri Besar Perak

    Zambry sah Menteri Besar Perak

    11 Plan Masa Cuti

    Posting pantas untuk hujung minggu ini. Dah seminggu rasanya Adam berada di Perlis selepas minggu lepas ke Shah Alam untuk menghantar Hawa untuk Program Persediaan Bahasa di Intec Shah Alam, Selangor.

    Apa program menarik sepanjang minggu ini dan minggu depan? Banyak perancangan juga sebenarnya. Mengemas rumah yang dinaik taraf, menguruskan hal-hal kesetiausahaan Putra Rovers, menguruskan hal pentadbiran Reflector Studio. Haih, hati dok sedih sendirian takdak sapa nak teman ni. Apa cerita? Dalam kesibukan pun boleh terasa kesunyian lagi kah?

    1. Malam esok dijangka ke Stadium Utama Negeri Perlis untuk menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Super Perlis menentang Terengganu. Siaran langsung di TV1 juga ada. Alternatif nak jimat duit ialah tengok bola di TV sahaja.
    2. Petang Ahad dijadualkan Mensyuarat Agung Putra Rovers akan diadakan di Bilik Mensyuarat Majlis Belia Malaysia Negeri Perlis. Dimulakan sekitar jam 2.00 petang dan bakal dirasmikan oleh Dato’ Amran bin Ali (dibaca Amran bin Ali) selaku penasihat Putra Rovers.
    3. Malamnya, diwara-warakan bahawa Konvoi Mesra Kangar – Ulu Lenggong dengan 3 buah kereta. Aktiviti mandi ayer panas dan makan malam di sana. Orang ramai dijemput hadir.
    4. Dijadualkan ke Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Perlis untuk urusan cenderahati Kontigen Negeri Perlis ke Jambori Ke-7 Melaka Bandaraya Bersejarah 2009 pada hujung bulan ini. Ada perancangan dan tindakan untuk memeriahkan kontigen Perlis.
    5. 29 Mei dijadualkan bertolak ke Melaka untuk menyertai Jambori Ke-7 Melaka Bandaraya Bersejarah 2009 sehingga 3 Jun 2009.
    6. Kenduri Kak Nani di Taman Jali pada 4 Jun 2009.
    7. Urusan untuk menunaikan cek bernilai Ringgit Malaysia Lapan Ratus Lima Puluh Sahaja belum selesai. Di jangka diselesaikan pada awal bulan Januari. Dah 3 bulan cek tak cash. Burn baru tau. Haha.
    8. Meninjau harga Canon 50mm f1.8 di Cathay Kangar, dia offer RM350 untuk set lensa baru. Abang Long kata di Kuala Lumpur harganya RM420 akibat kenaikan harga pasaran. Kepada sesiapa yang berminat, boleh hubungi saya untuk tempahan. Tempahan terhad.
    9. Plet Rebet RH5775 terjatuh ketika sedang memecut laju di dalam bandar Kangar. Hilang. Terpaksa menggunakan plet standard. Dah tak rempit ;(
    10. Jika anda sedang mencari hosting untuk blog anda, saya menawarkan anda Pakej Blog-in-a-Box bernilai RM88. Anda boleh mulakan blog .COM anda pada harga RM88 setahun. Maklumat lanjut boleh hubungi saya atau ke www.rs.com.my!
    11. Eh, tunggu entri Tribute to Jitut & Dieya tau!

    Cukup entri setakat ini. Juga tahniah kepada Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang sah menjadi MB Perak. Apakah permainan jenis ini? Teruk kan politik. Kepada anak muda, belajarlah rajin-rajin agar suatu hari nanti adik-adik dapat menjadi pengganti kepada barisan pemimpin yang sedia ada ini. Jangan terlalu ikutkan nafsu — Samseng Jalananlah jadinya.

  • Tomok Juara OIAM 3, kini Jutawan

    Rata-rata laman blog di seluruh Malaysia menghebahkan tentang penabalan Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 25, sebagai juara One In A Million musim ke-3 apabila undian yang diberikan oleh rakyat Malaysia lebih berpihak kepadanya. Kemenangan Tomok yang membawa lagu Hanya Kau Yang Mampu nyanyian Aizat (AF5) dan sebuah lagu baru, Rindu Terhenti ciptaan Aubrey dan Tinta S. sekali gus membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM1 juta.

    (more…)

  • Suzuki Belang R150

    Suzuki Belang R150

    Yang terbaru, Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd telahpun mengeluarkan motorsikal underbone Suzuki Belang R150 untuk bersaing dalam kelas 150cc yang semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat motorsikal di Malaysia.

    Dengan rekabentuk yang aerodinamik dan dikuasakan dengan 150cc jenis DOHC dengan 4-Injap transmisi 6 kelajuan, sistem penyejukan Suzuki Advanced Cooling System (SACS) — berfungsi dengan menyembur minyak secara terus pada bahagian bawah omboh untuk penyejukan yang lebih efektif dan suspensi monoshock untuk serapan yang lebih efisien dan kelihatan lebih sporty. Belang R150 juga dilengkapi dengan penghidup elektrik dan kapasiti petrol 4.9 liter.

    (more…)