Gambar sekitar Sambutan Hari Belia Negeri Perlis 2010. Lagi gambar akan dimuat naik dalam masa terdekat. :)






Gambar sekitar Sambutan Hari Belia Negeri Perlis 2010. Lagi gambar akan dimuat naik dalam masa terdekat. :)






Hari ini saya terima satu rombongan dari Kuala Lumpur. Mereka yang saya maksudkan ialah Hadri Hamzah, Mohd Azamudin, Muhammad Fathi, Mohd Helmi dan Khairul Izzuan. Mereka kini sedang bercuti satu Malaysia dengan mengunjungi negeri-negeri di Utara dan Pantai Timur. Ikut plan, harini mereka berada di Perlis dan esok akan berada di Kelantan dan Terengganu.
Mereka tiba di Jejawi sekitar jam 11.35 pagi dan dibawa ke Padang Besar untuk menikmati suasana beli belah yang tidak ada di tempat lain. Di Padang Besar, mereka boleh tawar menawar sehingga puas hati. Selesai, kami ke Hutan Lipur Bukit Ayer untuk menikmati deruan air dari Bukit Ayer bagi menghilangkan rasa letih. Kemudian kami menuju ke Kuala Perlis untuk menikmati angin kencang di sana. Dan, sebagai penutup majlis, kami ke Laksa Beras Kak Su Kuala Perlis.
Betul, Perlis kaya dengan pelbagai jenis makanan. Di Padang Besar, kami kena 3 pinggan Pulut Ayam. Di Kuala Perlis, 7 pinggan Laksa, dan terlepas hidangan Pulut Udang. Kemudian Amzar dan Nashrul tiba, kami tibai lagi ikan bakaq dan sotong goreng tepung. Nikmat. Ronda dan Makan di Perlis.


Ini acara sampingan. Sementelahan kedatangan Tengku Nashrul dan Amzar Anaqi di bumi Perlis, saya dan Hafiz Hakimi menggunakan peluang yang anda untuk terus makan ikan bakar. Lalu, inilah hasilnya. RM132.70.



Melilau di Kangar pada petang hari merupakan suatu yang rutin pada zaman cuti yang panjang ini. Bosan dengan tiada aktiviti khusus menjadikan saya seperti seorang kuntar yang tergolong dalam kategori merisaukan. Selepas selesai beberapa urusan bersama Amran Ali termasuk makan tengahari di Pizza Hut Kangar, ke kedai ‘persenta kong’ Ah Soon di Taman Kemajuan, saya ke Bee Aik Kangar untuk satu tujuan. Memandangkan bacaan meter Majesty saya sentiasa 0 mph dan lampu minyak enjin yang sentiasa berkelip, saya ke sana untuk menjalankan servis berkala.
Seperti apa yang dijangkakan, mereka dan kedai motor sekitar Perlis langsung tiada menyimpan stok untuk kabel brek Yamaha Majesty YP250. Sebelum ini ada meminta bantuan En Shaiful untuk mendapatkan harga barangan tersebut, tapi kedai tersebut masih gagal dihubungi. Lalu, dengan kepakaran yang ada mereka menggantikan kabel meter Yamaha Virago untuk Yamaha Majesty. Prestasinya cemerlang. Selesai servis, kuda besi ini dipercayai bergerak dengan lebih lancar.
Apa yang menarik perhatian di kedai tersebut ialah sebuah Nissan Fairlady 350Z yang diparkir di belakang kedai. Kata Amran, beli kereta mahai mahai parking bawah pokok pisang. Terbaik.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, kereta ini adalah milik tokey Bee Aik Motor. Sebelum ini beliau menggunakan (dibaca menaiki atau memiliki) sebuah Toyota Silvia. Kemudian menaik taraf kepada Nissan Skyline R35 sebelum menggunakan Nissan Fairlady ini. Baguslah, sekarang dah ramai anak muda di Perlis segak bergaya dengan kereta sukan mereka. Saya menanti rakan-rakan terdekat untuk menyambar satu. Boleh merasa naik kereta sukan.

Tadi petang, Mat Arip dan Naqib adakan satu agenda untuk mengisi masa lapang kami untuk petang Jumaat. Kami menuju ke bandaraya Alor Setar untuk melihat sendiri kemeriahan Festival Diraja Belon Udara Panas Negeri Kedah 2010. Karnival ini akan berlangsung selama dua hari bermula hari Jumaat dan Sabtu.
Naqib yang semangat berkobar-kobar untuk kesana rupanya ada agenda tersembunyi. Apa lagi, jumpa marka lah. Ketibaan kami di sana disambut dengan kesesakan jalanraya sepanjang jalan masuk ke tempat kejadian. Sibuk. Lebih kurang 7.00 petang baru kami dapat turun dan akhirnya tiada lagi belon udara yang dilepaskan untuk tontonan. Yang ada cuma dua biji belon yang naik dan turun. Anda boleh naik belon ini setinggi 10 meter dengan bayaran RM10 seorang. Cubalah. Gambar oleh Anna Farhana.