Benarkah Tradisi Mengirim Kad Raya Pupus?

Bagi saya, anda yang layak memberikan jawapan sama ada sudah pupus atau masih ada yang meneruskan tradisi ini. Seingat saya kali terakhir mengirim kad raya adalah semasa di Melaka dimana saya dan rakan rakan sekelas menghantar gambar kami sebagai kad raya DIY kepada para pensyarah. Masa tu masih lagi meriah.Sejak daripada itu saya hanya menerima kiriman SMS daripada rakan rakan di seluruh Malaysia. Bagi yang berada di luar negara mereka menghantar kad raya virtual melalui email. Terasa diri diingati bila saya membuka kiriman mereka walaupun tiada fizikalnya.

Tahun ini saya sudahpun terima satu kad raya. Bagi mengimbau kenangan menghantar kad raya ini, saya pun membeli beberapa keping kad raya dan menghantar secara rawak kepada rakan rakan di Facebook. Mereka yang berminat akan mengirim alamat mereka di peti mel dan saya akan mengirimkan kad raya mereka. Seronok. Saya pun berharap kad raya ini akan dibalas dan seterusnya menghidupkan semula tradisi ini.

Sehari dua lepas pusing di Kangar, gerai-gerai jualan tiada lagi menjual kad raya. Kali terakhir saya membeli disana pada tahun 2006. Selepas itu saya tidak lagi sempat kesana. Tahun ini saya terpaksa berjalan jauh untuk mendapatkannya.

Bagi rakan-rakan blogger yang berminat untuk mendapatkan kad raya daripada saya, jangan segan silu tinggalkan alamat anda melalui borang hubungi saya di atas. Insya Allah kalau stok mencukupi akan saya kirimkan.

P/s – Bagi saya tidak, kerana syarikat dan orang politik masih lagi mengirim surat kepada pelanggan dan rakyat jelata mereka. Cuma kita yang muda saja yang matikan amalan ini.

Comments

27 responses to “Benarkah Tradisi Mengirim Kad Raya Pupus?”

  1. Wadi AR Avatar

    nak kad raye cik adam

    1. Adam Roslan Avatar

      Ikut langkah diatas. Saya pun nak jugak kad raya daripada Cik Wadi :)

  2. apan Avatar

    yup..org skrg lebih suka pakai facebook je..dh moden..xde lg klasik

    1. Adam Roslan Avatar

      Sebabnya nak jimat duit :)

  3. KhairedzaimY Avatar

    Secara realitinya skrang memang kad raya dah kepupusan…
    bukan saje dari segi jualan… malah bagi ada segelintir remaja skrang trend bagi kad raya nie dah lapuk.. serta bnyak menghabiskan duit..

    Itu dari pndapat aqla…

    Nak kad raya.. ha.. ha.. ada peluang x….

    1. Adam Roslan Avatar

      Lahir lahir dah keluar Facebook, begini jadinya. Boleh, PM saya alamatnya :)

  4. Pacifista - X Avatar

    bagi aku belum sampai tahap dah pupus.cuma berkurangan je.setakat ni ramai yang guna ecard.tapi masih ada jugak yang menghantar kad raya lagi.kalau zaman aku budak2 dulu,aku rajin beli kad raya.kekadang bagi member 1 kampung jugak.bukan apa,nampak lebih mesra kalau bagi kad ni :D

    1. Adam Roslan Avatar

      Jadi apa kata kita sambung balik tradisi ni. Bagi anak muda tengok kemeriahan bila berutus kad raya. Ketepikan semua alasan-alasan tu. :)

  5. che-armad Avatar

    Tarikh menyambut Hari Rays Aidilfitri…
    30hb untuk Semenanjung Malaysia dan 31hb untuk Sabah/Sarawak???

    Rujuk entri ini:
    http://che-armad.blogspot.com/2011/08/top-searching-teropong-anak-bulan.html

  6. budaini Avatar

    lama sudah ndak pernah dapat kad raya… huhu…

    1. Adam Roslan Avatar

      Kirim alamat, nanti saya kirimkan kad raya :)

  7. its_me Avatar

    btul, skang rmai dh guna fb je…
    snang dan mudah..
    dan obviously murah yang teramat…

    tapi,sekali skala pakai kad pun best jgk…
    ^_^

    1. Adam Roslan Avatar

      Tak pakai sen pun. Kalau SMS ada jugak sennya :)

  8. neo Avatar

    aku pun dah lama tak hantar kad rasanya tambahan skg ada FB, Twitter & SMS – teknologi dah menenggelamkan fungsi kad raya aku rasa

    1. Adam Roslan Avatar

      Ramai orang fikir jimat dan cepat. Selamat Hari Raya Neo.

  9. titan Avatar

    ok aje, tiap2 tahun aku dapat kad raya. hehe.

    1. Adam Roslan Avatar

      Tiap tahun dapat kad raya. Hari hari dapat gaji. Bertuah kau Bro.

  10. BloggerHowtt Avatar

    Ada je budaya ni, aku still lagi dapat Kad Raya/

  11. echiko Avatar

    kalo pos skang sempat lagi x,hehe..

  12. Dea Avatar

    kekadang xjumpa kad raya yang latest kt kedai.. huhu

  13. alia Avatar
    alia

    thn ni mcm xdpt je kad raya..huhu

  14. nashanadz Avatar

    saye baru je send 20 keping kad raya utk family sdare mare n kawan2 ;)

    1. Adam Roslan Avatar

      Tak ada reserve untuk blogger ke? Selamat Hari Raya!

      1. nashanadz Avatar

        ada jugak beberapa blogger je sy hantar aritu ihihi

  15. Blogberry Emryâ„¢ Avatar

    Lum g pupus..baru td kirim kad raya tuk awek tersyang..hehe dari perantauan nih..he3

  16. profique Avatar

    hai…i know this place (all those cards)
    i bought them already (not all cards but only cards with mickey, donald, princess deco)

    eheee, for me…up until today i still send card raye for my frens n family

    enjoyed when I send and then somebody reply back to me…=)

    1. Adam Roslan Avatar

      Selamat Hari Raya Profique :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *