≡ Menu

Ranking Kuetiau Goreng Perlis – Pusingan #1

Salam. Malam ni gua tekad, atleast kena ada jugak entri untuk sekurangnya kekalkan ranking Alexa atau menjaga trafik yang semakin hari semakin hilang. Manakan tidak, risau baca syarat baru Innity, parah kalau tak ambil serius. Jadi tanpa membuang masa, hari ini saya akan bawa anda menerjah tiga pilihan gerai kuetiau goreng terbaik di Perlis.

Untuk pusingan pertama, kita akan ke TM Corner atau lebih mesra dikenali sebagai Abang Mie Corner di Taman Mewah, Kangar. Gerai kedua yang menjadi pilihan ialah Kuetiau Kerang Pak Nan di Jejawi, bersebelahan Masjid Sungai Adam. Gerai ini merupakan calon fevret kerana menjadi tumpuan penggemar kuetiau goreng seluruh Malaysia. Gerai ketiga ialah D’Udang yang terletak di Jejawi, berhadapan Unimap Jejawi.

Nah, walaupun simple tetapi aura daripada hasil tangan Abang Mie menjadi kegilaan anak muda untuk tidak melepaskan peluang merasai sendiri kesedapan kuetiau goreng (juga ada kuetiau kerang).

Terkenal sebagai pusat sehenti kuetiau goreng di Perlis, Pak Nan meneruskan tradisi menggoreng kuetiau untuk dinikmati penggemar kuetiau. Dengan variasi kuetiau kerang dan kuetiau daging, mana satu menjadi pilihan anda?

Dengan pilihan udang atau kerang, lidah anda pasti tertewas dengan kesedapan yang diterjemahkan oleh tukang masak ke atas sepinggan kuetiau. Nah, terimalah kuetiau goreng udang yang baik ini.

Jika anda mencari carta untuk char kuetiau seluruh Malaysia, sila rujuk Ranking Char Kuetiau yang disediakan oleh Peristiwa Semalam. Maaf dengan tarikh, mungkin ada perubahan selepas dua tahun kajian dibuat.

Other articles you might like;

3 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3