≡ Menu

Nasi Kandar Zainol

Definisi nasi kandar mungkin berbeza di seluruh Malaysia, walaupun umum tahu bahawa masakan ini berasal dari tanah besar India.

Di Perlis, nasi kandar mungkin berwarna sedikit kekuningan dan di Pulau Pinang nasinya berwarna putih. Itu yang membezakan kesedapan makanan ini selain daripada lauk pauk yang berbeza.

Di Petaling Jaya, ada sebuah gerai yang mempertaruhkan kesedapan Nasi Kandar Pulau Pinang untuk disajikan kepada seluruh rakyat PJ. Malahan ada yang sanggup datang beribu batu jauhnya demi merasai kesedapannya. Alternatif kepada nasi kandar mainstream seperti Nasi Kandar Pelita atau Nasi Kandar Hakim Seksyen 7 Shah Alam.

Sekali makan, sama ada ayam kecik atau besar (suku ayam) bersama sayur taugeh begitu mengujakan. Tiga bintang diberikan untuk nasi panas bersama ayam goreng dan campuran kuah yang menambah kesedapan.

Harga satu hidangan bermula RM5 bergantung kepada jenis lauk.

Order Coway Petaling Jaya sekarang!

Other articles you might like;

3 comments… add one
  • Moshed June 19, 2012, 3:08 am

    PJ kat mana ni ? Tak pernah lagi aku jumpa Nasi Kandar di area Selangor/KL yang dapat lawan Nasi Kandar kot belah utagha.. nak kena try.

  • Sara June 19, 2012, 1:00 pm

    same cam kelantan tp xde tauge..heheheh

  • Lan Bingka June 23, 2012, 9:04 am

    ini sudah bikin terliur

Leave a Comment