Category: Daily Craps

  • Keputusan Undian Piala Malaysia 2012

    Keputusan Undian Piala Malaysia 2012

    20120803-000455.jpg

    Juara Liga Super dan Piala FA 2012, Kelantan bakal berdepan tugas berat untuk mencari kejuaraan Piala Malaysia musim ini apabila diundi dalam kumpulan maut.

    Pada majlis undian yang berlangsung di sini petang ini, skuad bimbingan Bojan Hodak itu diundi dalam Kumpulan B yang turut mengandungi musuh tradisi yang juga pasukan jiran pantai timur, Terengganu, selain juara Liga Perdana, Angkatan Tentera Mala ysia (ATM) dan bekas juara, Kedah.

    Berikut adalah undian saingan bola sepak Piala Malaysia musim 2012:

    Kumpulan A: Lions XII, PKNS, Johor FC, Johor

    Kumpulan B: Kelantan, Terengganu, Kedah, ATM

    Kumpulan C: Perak, N. Sembilan, Felda United, Sime Darby

    Kumpulan D: Selangor, T-Team, Sarawak, Pahang

  • Katil Malm IKEA Kini RM199

    Katil Malm IKEA Kini RM199

    Tekad bila masuk rumah baru nak ada katil dan tilam baru jugak. Seksa 2 tahun tidur atas tilam nipis akan berakhir.

    IKEA membuat potongan untuk rangka katil MALM kepada RM199 sahaja. Berbaloi!

  • Kunjungi #BukuFixi dan #LejenPress di Pesta Buku Selangor 2012

    Kunjungi #BukuFixi dan #LejenPress di Pesta Buku Selangor 2012

    20120630-003133.jpg

    Pagi tadi sekitar jam sepuluh patutnya ada temujanji dengan Prof Amelia berkenaan latihan praktikal, salah faham jadi ditangguhkan. Kesempatan itu membawa saya ke SACC Shah Alam untuk melawat booth Fixi dan Lejen Press disana.

  • (GAMBAR) Lotus Youngman T5, SUV Pertama Proton

    (GAMBAR) Lotus Youngman T5, SUV Pertama Proton

    20120628-133244.jpg

    Dalam pameran Auto China 2012 baru baru ini, Lotus dengan kerjasama China Youngman Automobile Group telah menghasilkan Lotus Youngman T5 yang digembar gemburkan sebagai model SUV pertama Proton.

    Menurut laporan Paul Tan, SUV yang akan berada di pasaran China menjelang hujung tahun ini menggunakan enjin Campro CPS dan CFE.

    Jika benar model ini masuk ke pasaran Malaysia dengan menggunakan nama Proton, sudah pasti suatu kejutan kepada rakyat Malaysia.

  • Lajunya Maxis

    Lajunya Maxis

    20120628-003357.jpg

    Cakap banyak tak guna, biar gambar bercerita. Tapi saya yakin benda ni semua hanya kegembiraan sementara.

  • Rectifier Rosak Punca Mentol Terbakar

    Rectifier Rosak Punca Mentol Terbakar

    Untuk rekod, sebiji rectifier untuk motorsikal Honda EX5 ialah RM45 bersama dua mentol Stanley, RM6.

    Akhirnya selesai masalah lampu terbakar.