
Dalam pembentangan Bajet 2013, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan inisiatif khas bagi menggalakkan penggunaan telefon pintar dengan memberi rebat RM200 kepada belia. Mereka yang berumur berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh layak menerima rebat ini.
Hari ini Jemaah Menteri bersetuju untuk membenarkan semua model dan harga telefon bimbit dibenarkan untuk dibeli dengan rebat, berbanding sebelum ini untuk telefon pintar bawah RM500.
Belia perlu melanggan mana-mana pakej jalur lebar daripada penyedia perkhidmatan, iaitu Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster sekiranya belum, atau menggunakan langganan sedia ada.
- Belia perlu mendaftar di laman web www.komunikasibelia.skmm.gov.my, dengan hanya 1,489,868 belia masih boleh memohon pada entri ini ditulis.
- Anda akan memperolehi status permohonan dengan serta-merta. Jika status anda berjaya, paparan status tersebut boleh dicetak dan/atau diemel kepada anda. Cetakan atau nombor rujukan tersebut perlu dibawa ke wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah untuk membuat tuntutan dengan cara pembelian terus.
- Selepas pengesahan dilakukan di wakil-wakil penyedia perkhidmatan, anda boleh memilih telefon pintar yang ditawarkan dan rebat RM 200 akan diberi dengan serta merta. Pemohon hanya perlu membayar baki harga telefon tersebut.
Walaubagaimanapun, sistem dalam talian ini akan diberhentikan seketika pada pukul 11:00 malam sehingga 7:00 pagi setiap hari. Ini bertujuan agar penyelenggaraan sistem dan kerja mengemaskini data dapat dilakukan.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu komunikasibelia@cmc.gov.my atau telefon 1-800-88-4040 (Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang) mulai 1 Januari 2013. Selain itu anda juga boleh menghubungi penyedia perkhidmatan yang terlibat atau hadir terus ke wakil-wakil penjual yang sah..
Other articles you might like;
wah, ada theme baru. kalau nak beli iphone 5 boleh apply tak? haha
Haha. Tekad nak kembali serius menulis. Boleh Bro. Beli dekat Celcom tu.
Macam mana nak buat pengesahan tu…
ada list tak kat mana leh wat pengesahan tu..
satu lagi kita hanya leh beli kat tempat yang kita buat pengesahan ke?
Terima kasih
how to redeem the boucer ? and how to know the dealer to reedem ?