Ketika kedatangan tahun baru disambut meriah di seluruh negara, berbeza di Tanjung Malim apabila tahun 2012 dicemari insiden berdarah. Perhimpunan aman menuntut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertukar ganas apabila pihak polis dipercayai memukul salah seorang peserta perhimpunan.
Mangsa yang didakwa patah tulang rusuk ialah Pengerusi Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi (Bebas) yang juga Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Safwan Anang Talib.
Kekecohan ini berpunca apabila kumpulan mahasiswa yang berhimpun itu merempuh barisan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang mengawal kawasan perhimpunan berkenaan.
Lebih 17 mahasiswa ditahan polis selepas insiden ini untuk siasatan lanjut, termasuk penahanan Adam Adli.





Leave a Reply