Category: Cerita Hari Ini

Hiburan

  • Kenderaan beroda NASA selamat mendarat di Marikh

    Kenderaan beroda NASA selamat mendarat di Marikh

    20120806-144804.jpg

    Kenderaan roda bergerak ciptaan NASA berharga AS$2.5 billion selamat mendarat di Marikh, hari ini sekali gus menanda kejayaan bersejarah dalam misi penerokaan planet berkenaan.

    “Pendaratan disahkan,” kata anggota misi di pusat kawalan NASA, Jet Propulsion Laboratory. – AFP

    Sumber: Kenderaan beroda NASA selamat mendarat di Marikh. Grafik oleh Ninian Caster

  • Fara Ashikin saman RM 1juta blog hiburan Oh! Bulan

    Fara Ashikin saman RM 1juta blog hiburan Oh! Bulan

    20120806-005715.jpg

    Wartawan Kosmo! hari ini menemubual Faraashikin berkenaan isu saman sebuah blog hiburan tempatan terkenal, Oh! Bulan selepas blog tersebut didakwa menyiarkan gambar peribadinya yang berunsur fitnah.

    Selepas penceraian dengan penyanyi Datuk Hattan, laporan daripada blog tersebut pada tahun 2008 mencetuskan kontroversi dan beberapa artikel palsu disebarkan dengan niat menjatuhkan maruah dan reputasinya melalui akaun Facebooknya yang digodam pada tahun 2011.

    Tabloid berkenaan juga melaporkan bahawa Faraashikin memfailkan saman RM 1juta untuk kes tersebut.

    Saya tidak pasti sama ada Akta Mesin Cetak & Penerbitan 1984, Akta Hasutan 1948 atau Akta Fitnah 1957 yang boleh digunapakai untuk menyaman blogger. Hati hati menulis blog, Bahaya Seorang Blogger.

  • Pengeluaran KWSP kekal 55 tahun bagi swasta

    Usia untuk pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi sektor swasta masih pada 55 tahun, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

    Beliau berkata, kerajaan belum bercadang mengubah peraturan itu pada masa ini, sekalipun usia persaraan untuk pekerja sektor terbabit dilanjutkan daripada 55 kepada 60 tahun berkuat kuasa Januari depan.

    “Lanjutan daripada keputusan kerajaan melanjutkan umur bersara swasta, ada ura-ura mengenai pengeluaran KWSP dilanjutkan daripada 55 tahun kepada 60. Pada peringkat ini kerajaan tidak bercadang melaksanakan sistem itu,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

    Beliau sebelum itu menyampaikan sumbangan kain jubah, kurma, dan air zamzam kepada anggota jawatankuasa masjid bagi kawasan parlimen Tambun, di sini.

    Mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Ahmad Husni berkata, perkara itu adalah antara aspek yang diteliti dalam Belanjawan 2013.

    “Keputusan (pemberian kedua) tertakluk bahawa perbelanjaan mengurus mesti dibiayai hasil pendapatan kerajaan, yang mana hasil itu mesti melebihi perbelanjaan mengurus,” katanya.

    Beliau juga berkata, belanjawan kali ini bertumpu kepada aspek inisiatif mengurangkan beban rakyat berikutan peningkatan kos sara hidup yang berpunca daripada kenaikan harga barang makanan. – BERNAMA
    Via: Pengeluaran KWSP kekal 55 tahun bagi swasta: Ahmad Husni

  • Peluang Chong Wei cipta sejarah Olimpik

    Hanya selangkah lagi untuk pemain perseorangan badminton negara, Lee Chong Wei menggapai emas pertama negara dalam Sukan Olimpik apabila bakal bertemu Lin Dan pada final acara perseorangan badminton Olimpik 2012 esok.

    Semalam, Chong Wei membuktikan kata-katanya apabila berjaya menjinakkan Chen Long dari China di separuh akhir 21-13, 21-14 sekali gus mengesahkan kontinjen negara meraih sekurang-kurangnya pingat perak.

    “Saya tidak dapat mempercayai saat ini.

    Saya sudah layak sekali lagi ke final,” kata pemain berusia 30 tahun sejurus selepas tamat perlawanan.

    “Strategi saya menjadi hari ini dan Chen Long tampak lebih gelisah daripada saya. Saya bermain dan menganggap perlawanan ini seperti final dan bukan separuh akhir.”

    Chong Wei akan bertemu musuh tradisinya Lin Dan pada final esok, selepas pemain itu menumpaskan pemain Korea Selatan, Lee Hyun Il 21-12, 21-10 dalam satu lagi saingan separuh akhir. Untuk rekod, Chong Wei tewas kepada pemain nombor satu dunia ini pada perlawanan akhir acara perseorangan Badminton Olimpik Beijing 2008.

    Sumber: Peluang cipta sejarah

  • Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang serlah semangat cintakan negara

    Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan (PKMJGR) 2012 Parlimen Kangar yang berakhir malam tadi menyerlahkan semangat cintakan negara di samping menyemarakkan bulan Ramadan. Kembara yang diterajui Jabatan Penerangan Perlis itu berakhir di Kampung Desa Permai, Tok Kuning yang terletak di pinggir Sungai Perlis.

    Pada majlis itu, peserta kembara berbuka puasa bersama penduduk di samping mengadakan majlis penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal, warga emas, orang kelainan upaya, anak yatim dan bapa tunggal.

    Sumbangan disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kesihatan Perlis, Ahmad Bakri Ali yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kayang.

    Pengarah Jabatan Penerangan Perlis, Mohamed Lokman Mahmud, berkata 11 agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) di Perlis menyertai konvoi membabitkan lebih 20 kenderaan yang dihiasi Jalur Gemilang itu.

    Sebelum melawat Kampung Desa Permai yang sebelum ini dikenali sebagai Perkampungan PPRT Tok Kuning, kembara itu turut melawat bazar Ramadan dan singgah di rumah golongan daif untuk memberi bantuan.

    Peserta kembara itu singgah di bazar Ramadan Simpang Empat Abi dan disambut oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis, Azali Abas yang kemudiannya mengagihkan Jalur Gemilang kepada peniaga dan pengunjung bazar itu.

    Majlis itu dimeriahkan dengan perarakan Jalur Gemilang oleh puluhan pemuda tempatan yang kemudiannya mengiringi konvoi menziarahi penduduk miskin di kawasan sekitar. Konvoi itu turut singgah di bazar Ramadan Bintong.

    Mohamed Lokman berkata, kembara itu membawa mesej semangat cintakan negara melalui kempen kibar Jalur Gemilang di samping menyemarakkan Ramadan. – BERNAMA

    Sumber: Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang serlah semangat cintakan negara

  • Gempa bumi 5.0 magnitud gegar Sumatera Selatan


    Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 magnitud menggegarkan Sumatera Selatan pada kira-kira jam 10 pagi tadi.

    Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata, pusat gempa ialah 56 kilometer barat daya Solok, Indonesia dan 435 kilometer barat daya Merlimau, Melaka. – BERNAMA

    Berikut adalah laporan penuh yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, melalui laman web rasmi Amaran Tsunami.

    This is a revision of the earthquake information issued at 10.09am

    A moderate earthquake has occurred with these revised parameters:
    Time of Occurrence : 10.00 am on 04 August 2012
    Coordinates : 1.25 South 100.5 East
    Location : Southern Sumatera, Indonesia.51 km Southwest of Solok , Indonesia.428 km Southwest of Merlimau, Melaka.
    Magnitude : 5.0 on Richter scale

    Assessment
    No tsunami threat

    This will be the final information issued by the department for this event unless there are further developments or additional information becomes available