Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak seluruh rakyat Malaysia memberi sokongan padu kepada pasukan Piala Thomas negara yang akan berdepan seteru lama, Indonesia pada separuh akhir di New Delhi, India, malam ini.
Category: Cerita Hari Ini
Hiburan
-
‘Sokong pasukan Piala Thomas negara’ – Najib
-
#KiniTrending aksi akrobatik semasa kemalangan
Sedang viral ketika ini di Facebook adalah satu rakaman video pelanggaran sebuah kereta dengan motorsikal. Kami tidak dapat pastikan dari mana sumber asal video itu tetapi daripada latar belakang dan beberapa kereta dalam rakaman cctv tersebut, kami yakin ia adalah video tempatan. -
#FestivalBelia2014
Baru selesai perlumbaan terpantas di dunia Red Bull Air Race di Putrajaya minggu lepas esok Putrajaya pasti trending dengan Festival Belia Putrajaya 2014. Orang ramai sudah mula merancang perjalanan mereka ke sana hujung minggu ini untuk menyaksikan konsert pertunjukkan motocross dan sukan ekstrem di sana. Dan sudah pasti kali ini Festival Belia yang diadakan setiap tahun di Putrajaya lebih meriah lagi mari kita lihat antara aktiviti yang disediakan. Layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya. -
Peminat gusti teruja kehadiran Ricky Steamboat
Saksikan keterujaan peminat di media sosial dengan kedatangan lagenda gusti WWE, Ricky The Dragon Steamboat yang datang mempromosi WWE Live ke Malaysia. Layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya. -
Perebutan kerusi FAM terus hangat diperkatakan
Empat hari sebelum Kongres Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM berlangsung tumpuan diberikan terhadap perebutan jawatan Presiden. Kita tahu peminat tegar bola sepak negara ataupun ultras mahu pengurusan FAM dirombak semula. Namun perubahan itu tidak dapat dilakukan orang luar persatuan dan perlu melalui kongres yang bakal diadakan di Shah Alam Ahad ini. Layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya. -
Rakaman hologram Michael Jackson trending di Youtube
Walaupun Raja Pop, Michael Jackson telah meninggal dunia kira-kira lima tahun lalu, persembahan secara langsungnya tetap terus memukau. Trending kini di Youtube adalah rakaman persembahan istimewa raja pop itu menggunakan teknologi hologram bersempena pelancaran single terbarunya ‘Slave To The Rhythm’. Layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.