Category: Cerita Hari Ini

Hiburan

  • La La La (Brazil 2014) terus curi perhatian


    Dilancarkan di laman Youtube sejak 22 Mei lepas, video muzik terbaru Shakira ‘La La La (Brazil 2014)’ meraih hampir 36 juta tontonan. Klip ini adalah versi kedua lagu itu dengan lirik baru yang dihasilkan sempena Piala Dunia Brazil 2014. Layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.

  • #ThomasCupFinal terima kasih Liew Daren & pasukan!


    #ThomasCupFinal masih tetap perkara paling trending yang menjadi perbualan rakyat Malaysia melalui platform media sosial sehingga hari ini. Sudah tentunya paling mendapat perhatian adalah perlawanan terakhir yang menjadikan penentu samada malaysia layak membawa pulang Piala Thomas atau tidak. Beban itu dipikul oleh pemain perseorangan dan juga kapten skuad negara, Liew Daren.

  • #FestivalBeliaPutrajaya, Kieron belia ekstrem


    Antara tumpuan Festival Belia Putrajaya hari ini adalah di kawasan gelanggang sukan ekstrem, dimana berlangsungnya real street showdown. Paling mendapat perhatian pertandingan papan selaju yang menyaksikan sepuluh daripada dua ratus peserta terbaik beraksi di final.

  • LG keluarkan peranti baru LG G3, 28 Mei ini


    Selepas telefon pintar LG G2 dikeluarkan pada September tahun lalu, kini LG sekali lagi bakal hadir dengan telefon pintar baru mereka iaitu LG G3. Cetusan terbaru daripada LG itu bakal dilancarkan pada 28 Mei, minggu depan.

  • Disney bakal terbit Big Hero Six


    Trending di Twitter hari ini adalah kata kunci X-Men memandangkan sikuel terbaru filem itu memulakan tayangannya hari ini. Mengambil inspirasi daripada watak superhero Marvel, Walt Disney Animation Studios dilihat cuba meneruskan kecemerlangan mereka dengan menerbitkan filem animasi terbaru versi superhero. Selepas kejayaan filem Frozen dan Wreck It Ralph, Walt Disney Animation studios bakal menerbitkan Big Hero Six.

  • Higa, Vsauce, Tyler Oakley & Marbles di Singapura


    Apa yang anda saksikan sebentar tadi adalah sedutan video daripada dua bintang Youtube yang membuat penampilan di Youtube Fan Fest di Singapura malam ini.