Hidangan nasi lemak dan sup wantan telah membawa tuah buat seorang suri rumah kelahiran Ipoh, Perak apabila dia dinobatkan sebagai juara pertandingan Masterchef Edisi UK 2014 beberapa jam lalu. Catherine Chin Wan Ping Coombes yang menetap di United Kingdom memukau para juri bukan sahaja dengan dua hidangan tersebut, malah turut menyajikan beberapa sentuhan pencuci mulut. Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.
Category: Cerita Hari Ini
Hiburan
-
Suri rumah kelahiran Ipoh juara Masterchef UK 2014
-
Jururawat dikecam menampal mulut bayi berusia lima hari dengan pita pelekat
Tidak berhati perut. Ini boleh dikaitkan dengan seorang jururawat yang bertindak keji menampal mulut bayi berusia lima hari dengan pita pelekat kerana mendakwa bayi itu terlalu bising. -
Kucing selamatkan budak kecil diserang anjing
Viral ketika ini adalah sebuah video bertajuk ‘my cat saved my son’ yang mula menjadi perkongsian di beberapa platform media sosial. Video kamera litar tertutup itu memperlihatkan aksi kucing menyelamatkan seorang kanak kanak yang diserang seekor anjing. -
Pengarah ‘Searching for Sugar Man’ meninggal dunia
Tahun lepas, ‘Searching For Sugar Man’ mencipta sejarah apabila menjadi dokumentari pertama yang dirakam menggunakan iphone untuk memenangi Oscar. Hari ini, dunia dikejutkan apabila pengarahnya Malik Bendjelloul ditemui mati di Stockholm. -
Selfie 3 tahun dalam masa 3 minit
Berapa lama masa yang anda ambil untuk berkongsi selfie anda? 5 minit, 2 minit atau mungkin sepantas beberapa saat sahaja. Tapi bagi Alex Chacon, dia mengumpulkan visual selfie beliau selama tiga tahun untuk membikin sebuah video berdurasi hampir 3 minit.