Category: Beli

  • Panduan Google AdWords dengan Video Sifu AdWords

    Panduan Google AdWords

    Tidak dinafikan pengiklanan di Google Adwords boleh jadi sumber utama trafik kepada laman jualan anda. Saya sendiri telah gunakan cara beriklan di Google AdWords untuk perangkap pelanggan yang lapar untuk membeli dengan anda.

    Analogi kepada Google AdWords yang sering saya gunakan ialah, AdWords adalah seperti sebuah yellow pages. Ahmad, seorang bakal pembeli yang berminat untuk membeli kereta Axia baharu. Dia malas untuk ke mana-mana kedai, tapi terus buat carian di Google untuk dapatkan nombor telefon ejen kereta Axia yang berhampiran.

    (more…)

  • 10 Panduan Kek dan Bakeri untuk Suri Rumah

    Panduan buat muffin

    Puan Shida, seorang pakar kek dan bakeri akhirnya membocorkan rahsia membuat muffin yang sedap, gebu dan bertekstur. Panduan ini akan membimbing suri rumah, pelajar, akauntan, pegawai eksekutif dan doktor untuk mendalami rahsia membuat muffin.

    Budaya makan muffin ini tercetus daripada orang barat yang biasanya menghidangkan muffin bersama teh panas semasa minum petang. Selain daripada itu, orang kita sudah mula menerima budaya memberi muffin sebagai cenderahati ketika majlis kahwin. Peluang untuk buat duit lebih dengan muffin nampaknya.

    (more…)

  • Cara Jual Baju Kurung dengan Modal Rendah

    Jual baju kurung

    Pakaian adalah satu produk yang senang terjual. Oleh itu, tidak hairanlah kebanyakkan kedai di uptown atau downtown memilih untuk menjual baju atau pakaian. Baju kurung pula adalah pakaian yang sentiasa mendapat sambutan. Tak perlu tunggu musim perayaan, kerana baju kurung adalah kegemaran gadis di universiti untuk ke kelas, penjawat awam di jabatan kerajaan dan pakaian rasmi untuk ke majlis kenduri kahwin atau keraian.

    Oleh sebab itu juga, banyak butik online mula mengambil kesempatan atas keperluan seorang wanita. Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, semua mahu menjual baju kurung secara online, sama ada di Facebook atau Instagram.

    (more…)

  • Cara Sebenar Belajar Teknik Forex oleh MoshedFX

    Cara Sebenar Belajar Teknik Forex oleh MoshedFX

    Masa melayan Instagram, aku terkedu sekejap. Kenapa? Sebab tengok gambar-gambar yang lain daripada yang lain. Jawapannya semua daripada e-book Mudahnya Belajar Forex oleh saudara MoshedFX. Siapa yang pernah mendalami ilmu Forex pasti tahu dengan quote ini,

    99% daripada trader adalah mereka yang gagal, hanya 1% adalah yang betul-betul berjaya dengan Forex.

    Jadi apa yang buat saya terkedu ialah seorang pemain Forex terkenal tanah air, tergolong dalam golongan 1% tersebut. Bukan itu saja, dia juga dengan tidak keberatan mendedahkan rahsia terbesar macam mana dia boleh menjana sekurang-kurangnya RM8,000 sebulan. Gaji seorang doktor.

    (more…)

  • Air Alkali Dengan Penapis Air Cuckoo

    Air Alkali Dengan Penapis Air Cuckoo

    Jenama Cuckoo sedang meningkat naik di Korea dan kini memasuki pasaran Malaysia. Cuckoo menawarkan empat model penulen air dengan sewaan RM68, RM98 dan RM115 sebulan. Pengguna akan menerima servis dan penukaran filter setiap empat bulan.

    Proses pembelian sangat mudah, dengan hanya menyediakan salinan Kad Pengenalan dan nombor akaun bank, tanpa dokumen sokongan yang lain.

    (more…)

  • Beli Beg Branded Original Murah dari London

    Tajuk ni sebolehnya dibaca satu lafaz. Kawan-kawan yang belajar overseas ni memang pandai belaka. Sebabtu mereka ni layak untuk ke sana lebih awal. Maksudnya, kita pun ada niat nak ke sana tapi lambat lagi.

    Sambil belajar, dia mula buat bisnes kecil-kecilan untuk sara diri di sana. Memandangkan barang branded di sana dijual dengan begitu murah sekali, maka kawan kawan kat sini pun mengharapkan mereka untuk merasa pakai barang branded dengan harga yang murah. Murah berbanding butik di Pavillion. Ataupun berangan untuk pakai barangan yang tak dijual di pasaran tempatan.

    (more…)