≡ Menu

Sebulan satu gram emas dengan Program Akumulasi Emas

Program Akumulasi Emas Public Gold

Menyimpan emas adalah satu cara untuk melabur. Namun, mentaliti bahawa membeli emas adalah untuk golongan yang mampu dan berada adalah salah. Saya mula menyimpan emas sejak di zaman menuntut di UiTM Shah Alam, dengan mengamalkan satu dinar satu semester. Alhamdulillah, kesemua koleksi dinar emas tersebut itu saya gunakan sebagai hantaran perkahwinan.

Public Gold sentiasa tampil dengan inovasi baharu untuk mengalakkan orang ramai menjadikan emas sebagai produk mampu milik. Dengan memperkenalkan Program Akumulatif Emas atau Gold Acumulation Program (GAP), orang ramai kini boleh menyimpan dalam akaun emas dengan modal serendah RM100.

Apa yang menarik, pembeli hanya boleh mengeluarkan wang simpanan tersebut dalam bentuk emas jongkong seberat satu gram sahaja. Dengan cara ini, wang tersebut tidak boleh digunakan untuk tujuan lain, walau apa cara sekalipun. Cara paksaan membeli emas ini betul-betul dapat menukarkan wang fiat kepada ketulan emas 1 gram.

Anda tidak perlu risau kerana emas yang diterima adalah emas tulen 999.9 24k. Berikut adalah cara mudah untuk mula memiliki 1 gram emas pertama anda.

1. Buat bayaran kepada PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD dan sahkan dengan menghubungi mereka melalui gap@publicgold.com.my atau WhatsApp/WeChat/SMS +6017-486 6916 dengan maklumat berikut:

AC Code: New
Nama:
No KP:
No Telefon:
E-mail:
Tarikh Bayaran:
Masa Bayaran:

2. Anda akan menerima SMS atau Sales Order dalam masa 48 jam selepas pengesahan bayaran. Penyata akaun GAP anda akan dikemaskini oleh Public Gold.

Jika hari ini (27 November) anda memasukkan RM100, maka akaun anda akan memiliki 0.7194 gram emas atau anda boleh masukkan RM139 untuk 1 gram emas. Anda hanya boleh keluarkan emas tersebut selepas anda mempunyai 2 gram emas, kerana pembeli perlu tinggalkan 1 gram emas untuk memastikan akaun sentiasa aktif.

Diharapkan penjelasan ini sedikit sebanyak membuka mata anda untuk mula menyimpan dan memiliki emas fizikal. Maklumat lanjut program ini boleh didapati di pautan Public Gold ini.

Other articles you might like;

5 comments… add one
Cancel reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3