
Terus terang aku katakan, ramai yang tak tahu bahawa YouTube juga merupakan sumber pendapatan utama selebriti YouTube di Malaysia, malahan seluruh dunia. Oleh sebab itu, mereka berlumba-lumba untuk mencipta video baharu setiap hari.
Ada dua cara untuk mula menjana pendapatan sampingan dengan YouTube. Pertama, buat video kreatif anda sendiri dan muat naik ke YouTube. Kongsi dan viralkan video anda. Setiap video yang dimainkan akan mendapat bid daripada pengiklan, dan anda dibayar.
Baca: Bagaimana YouTube Content ID berfungsi?
Cara kedua, gunakan video viral yang lain, dan muat naik ke akaun YouTube anda. Pengguna yang mencari video viral tersebut akan terserempak dengan video anda. Lalu video itu dikongsi dan diviralkan. Cara ini sedikit berisiko apabila anda upload video yang mempunyai hak cipta daripada pemilik video, contohnya video Maharaja Lawak Mega akan dipadam oleh Astro.
Belajar Buat Duit di YouTube
Seorang IM di Malaysia, Rashvin menganjurkan personal coaching bagi mempelajari teknik menjana pendapatan daripada YouTube. Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada laman web Buat Duit di YouTube.
Jika anda mencari panduan menggunakan YouTube sebagai medium pemasaran, e-book Rahsia Duit YouTube tulisan Norman Razak ini sangat sesuai dengan anda. Sila klik di sini untuk mendapatkan buku panduan tersebut.
Leave a Reply