Assalamualaikum WBT. Walaupun saya pernah beberapa kali membaca artikel berkenaan dengan pelaburan emas di Internet, artikel artikel ini masih belum dapat membuka cerita sebenar tentang pelaburan emas. Seminggu sebelum balik ke Shah Alam, saya dipertemukan dengan seorang Master Dealer Public Gold Negeri Perlis dalam satu sesi pembelajaran laman web. Beliau serba sedikit telah memberi pencerahan tentang kepentingan menyimpan emas fizikal.

Apa yang menarik tentang pelaburan emas?
Konsepnya sama seperti Amanah Saham Bumiputra (ASB) dimana anda mempunyai sejumlah wang kemudian dimasukkan ke dalam ASB. Setahun kemudian, anda akan diberi bonus dan dividen sehingga 8% untuk setiap tahun. Sama seperti emas, anda mempunyai sejumlah wang dan anda gunakan wang tersebut untuk membeli emas. Emas tersebut disimpan atau dipajakkan. Anda akan menerima keuntungan sehingga 30% setiap tahun. Bezanya antara ASB dan Emas ialah peratus keuntungan.


Mula ditayangkan pada 27 Januari 2011, filem aksi tempatan ini sedikit telah membuka mata para pengkaji filem tempatan. Filem terbitan KasehDia Pictures Sdn. Bhd yang diarahkan oleh Jumaatun Azmi dan CL Hor ini mendapat beberapa pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-20.
POPULARITI penyanyi kelahiran Lebanon yang mencetus fenomena di seluruh dunia menerusi lagu dakwah sememangnya tidak dapat disangkal. Dalam tempoh yang singkat, gelombang Maher Zain melanda di seluruh dunia dan negara kita turut tidak terlepas terkena tempiasnya.