Author: Adam Roslan

  • (Gambar) Lagi Banjir di Perlis

    (Gambar) Lagi Banjir di Perlis

    Belum cukup setahun Perlis dilanda banjir, hari ini air mulai naik selepas hujan dua hari tak berhenti.

    Gambar yang diambil daripada salah seorang jurukamera di Perlis, Mohd Noor Paksu (klik untuk album) menunjukkan jalanraya di Paya dan beberapa kawasan di Perlis mula dinaiki air.

    Ya Allah, semoga diselamatkan seluruh penduduk negeri Perlis daripada bencana banjir. Amin.





  • Betul ke Sibuk?

    Betul ke Sibuk?

    Kalau diikutkan hati, kalau boleh satu hari mesti ada satu posting di Adamroslan.com, boleh lah celen blogger Ben Ashaari yang sehari cecah 10 entri! Tapi bukannya takmau tapi banyak jugak yang sedikit menjadi penghalang. Boleh saja nak buat kalau kurangkan alasan, tapi lebih berdisiplin, kan?

    (more…)

  • EX5 yang Sakit

    EX5 yang Sakit

    Cukup separuh bulan Mac, kaki yang banyak berbakti sakit lagi. Awal bulan lepas kunci buat cerita apabila dipercayai objek tidak dikenalpasti cuba dimasukkan untuk tujuan yang mencurigakan. Motor oldskool macamni panas di pasaran gelap.

    Untuk rekod, ignition key ditukar dengan kunci berbentuk bunga. Hari ini tali brek ditukar selepas satu ‘kemalangan’ kecil.

    P/S: Motor legend ni lah yang digunakan untuk ke tadika kecik kecik dulu. Selepas hampir 20 tahun masih hebat beraksi. :)

  • Pinjaman Pajakan Ar Rahnu Agro Bank kini 65%

    Ar Rahnu Agro Bank Klang mengumumkan bahawa mereka telah mengubah polisi pinjaman wang pajakan kepada 65 % berbanding kemudahan pinjaman 70% sebelum ini. Perubahan ini sedikit sebanyak mempengaruhi rancangan para pelabur emas. Apa perancangan selepas ni?

  • Nasi Lemak Jati Revisit

    Nasi Lemak Jati Revisit

    Hujung minggu ditutup dengan hidangan sebungkus Nasi Lemak Jati. Macam biasa penuh dengan rakyat yang dahagakan sebungkus Nasi Lemak terbaik di Shah Alam. Jangan lupa tapau sebungkus kalau singgah Shah Alam.

    P/S: Amnako firstime mai sini, teruja dengan lauk yang ada. Telur rebus, telur goreng, bagedil, hati, ayam goreng, ayam merah, sosej ikan dan baanyak lagi

  • Reviu Rango: Siapa Diriku?

    Satu sebab kenapa saya tak berapa suka nak layan animasi adalah kerana kategori filem animasi adalah dikhususkan kepada kanak-kanak. Lagi lagi bila Nickelodeon yang buat cerita mesti ada satu tanggapan tak sehebat Pixar. Tapi harini saya terpaksa rela mengikut rakan-rakan menonton Rango. Sesudah cerita, memang saya tak menyesal kerana menonton filem ini.

    Filem ini mengisahkan seekor sumpah-sumpah yang hidupnya terkurung dalam kotak cermin (akuarium). Dia mempunyai krisis identiti dan sering tidak yakin dengan dirinya sendiri.

    Sinopsis

    Pada suatu hari dia dibawa bercuti oleh tuannya. Tiba tiba kenderaan mereka terlanggar seekor tenggiling dan mengakibatkan Rango dan akuariumnya terpelanting daripada kereta. Di situ bermulahlah perjalanan mencari identiti dirinya yang sebenar.

    Dia bertemu dengan tenggiling yang dilanggar kereta tuannya yang meminta tolong membawanya ke tepi jalan. Si Tenggiling menyuruh Rango ke sebuah pekan yang dikenali sebagai Dirt. Dalam kembara mencari setitik air, Rango terpaksa menghadapi banyak halangan seperti menjadi buruan burung helang.

    Setibanya di Dirt, Rango yang cuba untuk mencipta identiti baru untuk dirinya menyamar sebagai Roh dari Barat, yang menjadi sanjungan penduduk pekan tersebut. Rango telah mereka beberapa cerita untuk meyakinkan penduduk Dirt tentang kehebatannya. Jadi bermulalah kehidupan Rango sebagai seorang hero di pekan tersebut.

    (more…)