Author: Adam Roslan

  • Buat Duit dengan Says.my

    Buat Duit dengan Says.my

    Kempen SAYS.my

    Saya tak boleh bercakap banyak mengenai kempen yang disediakan oleh SAYS.my ini kerana takut menjejaskan status Glitterati yang Nuffnang berikan kepada saya. Jika anda betul betul berminat untuk mengetahui bagaimana SAYS.my boleh memberikan anda pendapatan sampingan, klik gambar di atas untuk pendaftaran dan mula berkongsi setiap kempen yang dianjurkan. Setiap klik daripada promosi anda akan dibayar RM0.20!

    Hari ini juga merupakan hari ketiga SAYS.my menyambut ulang tahun mereka, dimana mereka menawarkan banyak hadiah hadiah menarik seperti Apple Macbook Air, Apple iPhone 4, Apple iPad 2, Samsung Plasma TV, Lomokit, Tiket AirAsia ke Korea Selatan, voucher IKEA dan tiker Justin Bieber. Klik disini untuk maklumat lanjut mengenai ulangtahun ini.

    (more…)

  • Bye Bye Maxis Broadband

    Bye Bye Maxis Broadband

    Bye Bye Maxis Broadband

    Baru Ahad lepas, Adam melanggan Maxis Broadband 3GB dengan kelajuan sehingga 7.2 Mbps. Tidak dinafikan, kelajuan yang ditawarkan sangat mengujakan. Manakan tidak, kelajuan sepanjang tiga hari ini maintain sehingga petang tadi. Entah dimana silap, modem USB mencatatkan penggunaan mencecah 3GB dalam tiga hari ini! Walaupun kerap menggunakan untuk update blog dan melayari Internet tetapi masakan sampai 3GB?

    Selepas anda mencapai 3GB, Maxis akan throttle kelajuan kepada 128 Kbps. Teruknya! Dengan kelajuan ini apa boleh saya buat? Tidak boleh buat apa walaupun periksa e-mail di GMail! Mungkin saya perlu upgrade ke pakej 12GB dengan bayaran RM198 sebulan dengan cara penggunaan saya yang melampau ini?

    (more…)

  • Tukang Rumah yang Cekik Darah

    Tukang Rumah yang Cekik Darah

    Pada pagi Ahad, 3 April 2011 saya menelefon seorang tukang paip yang menawarkan perkhidmatan baik pulih sistem perpaipan dan elektrik di rumah sewa saya di Seksyen 6, Shah Alam. Pada masa yang sama saya keluar untuk menyelesaikan beberapa tugasan luar dan rakan serumah saya berada di rumah dan menunggu tukang paip tersebut.

    (more…)

  • (EKSLUSIF) Video Panas Anwar Ibrahim Tersebar

    Penat belajar Sedition Act, Defamation Act, OSA, ISA, PPPA dan akta-akta lain yang pelbagai, hari ini kita didedahkan dengan satu video yang dipercayai dirakamkan dengan niat untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sekadar berkongsi.

  • Sedapnya Asam Pedas Melaka

    Sedapnya Asam Pedas Melaka

    Minggu lepas Adam dan rakan Super Broadcaster yang lain ke Melaka untuk menjayakan Malam Apresiasi Kelab Penyiaran di Hotel Emperor Melaka.

    Alang alang di Melaka, Adam tidak melepaskan peluang untuk makan asam pedas ikan kembung di Dataran Pahlawan. Walaupun tidak se-gah Asam Pedas Claypot, rasanya tidak menghampakan :)

  • (LIVE) Keputusan Anugerah Bintang Popular 2011

    (LIVE) Keputusan Anugerah Bintang Popular 2011

    Tepat jam 9.30 malam, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 akan membuka tirai. Persembahan pembukaan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 – Puncak Kegemilangan di Arena of Stars di sini, malam ini paling dinantikan dengan konsep ala teater Broadway dan West End yang mampu menghangatkan lagi acara berprestij edisi ke-24 ini.

    Pencapaian, kecemerlangan jadi taruhan pikat peminat mengundi. Shahir, Zizan, Shaheizy Sam, Lisa Surihani dan Faizal Tahir adalah lima artis yang disebut-sebut bakal menjulang takhta Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, malam ini.

    Kategori dan Calon Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

    Artis Baru Wanita Popular
    Adira, Ana Raffali, Mizz Nina, Nurul Elfira Loy, Nur Syuhaida @ Dottie

    Artis Baru Lelaki Popular
    Daus, Maulana, Shahir, Sharnaaz Ahmad, Shahz Jaszle

    Artis Komedi Wanita Popular
    Didie Alias, Kencana Dewi, Noorkhiriah, Raja Azura, Sharifah Shahirah

    Artis Komedi Lelaki Popular
    Along, Angah, Johan, Nabil Ahmad, Zizan

    Penyampai Radio Wanita Popular
    Abby Fana, Fara Fauzana, Linda Onn, Raja Azura, Sharifah Aleya

    Penyampai Radio Lelaki Popular
    Aznil Hj Nawawi, Faizal Ismail, Halim Othman, Kieran Salih Yaacob

    Pengacara TV Wanita Popular
    Cheryl Samad, Fara Fauzana, Nurul Syuhada, Raja Azura, Sharifah Shahirah

    Penyampai Radio Lelaki Popular
    Aznil Hj Nawawi, Faizal Ismail, Halim Othman, Kieran Salih Yaacob

    Pengacara TV Wanita Popular
    Cheryl Samad, Fara Fauzana, Nurul Syuhada, Raja Azura, Sharifah Shahirah

    Pengacara TV Lelaki Popular
    Ally Iskandar, Awal Ashaari, Aznil Hj. Nawawi, Jimmy Shanley, Zizan Raja Lawak

    Pelakon TV Wanita Popular
    Fasha Sandha, Lisa Surihani, Noorkhiriah, Scha Al-Yahya, Tiz Zaqyah

    Pelakon TV Lelaki TV Popular
    Aaron Aziz, Ady Putra, Fizz Fairuz, Remy Ishak, Shaheizy Sam

    Aris Duo/Berkumpulan Popular
    Ana Raffali/Sohaimi Mior Hassan/Altimet, Azlan & The Typewriter, Bunkface, Meet Uncle Hussain, 6ixth Sense

    Penyanyi Nasyid Popular
    Hijjaz, In-Team, Mirwana, Rabbani, Raihan

    Penyanyi Wanita Popular
    Adira, Ana Raffali, Alyah, Stacy, Yuna

    Penyanyi Lelaki Popular
    Aizat, Anuar Zain, Black, Faizal Tahir, Shahir

    Pelakon Filem Wanita Popular
    Diana Danielle, Lisa Surihani, Liyana Jasmay, Maya Karin, Scha Alyahya

    Pelakon Filem Lelaki Popular
    Aaron Aziz, Bront Palarae, Remy Ishak, Shahiezy Sam, Syamsul Yusof

    (more…)