≡ Menu

ResizeMe untuk Mac

Hi, dua hari lepas Abang Long aka Azmn Habib akhirnya berjaya telah membeli sebuah Macbook Pro untuk kegunaan beliau. Sebelum ini saya ada berjanji kepada rakan-rakan yang menyertai keluarga Mac untuk menyediakan pautan-pautan bagi perisian Macintosh. Seperti apa yang dikata, cukup sukar untuk mendapatkan perisian bagi Macintosh kerana tidak ramai developer yang berkerja untuk OS Macintosh. Tetapi jangan risau, saya akan senaraikan beberapa perisian asas untuk Macintosh bagi membolehkan para pengguna Macintosh tidak tercari-cari perisian yang perlu mereka ada.

ResizeMe

Sebelum saya temui perisian ResizeMe ini, saya tercari-cari aplikasi untuk membolehkan saya me-resize gambar secara kumpulan untuk dimuat naik ke dalam blog atau mana-mana forum. Perisian ini benar-benar membantu saya untuk mengecilkan gambar, meletakkan watermark dan menjalankan secara serentak. Sangat mudah dan menjimatkan masa.

Resize me sebenarnya membolehkan anda untuk membentuk ‘drop shadows’, membuat efek pantulan, meletakkan watermark, convert format, resize, crop dan rotate gambar secara individu atau serentak.

Saya amat menyarankan anda menggunakan perisian ini kerana percuma dan mudah digunakan. Dengan hanya beberapa klik, gambar yang anda sunting sudah akan tersedia. Untuk maklumat lanjut berkaitan perisian ini, sila ke laman web rasmi developer ResizeMe iaitu CreativeBe. Sila klik sini untuk memuat turun ResizeMe.

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3