iPhone 4, This changes everything. Again.

Selesai WWDC semalam, Steve Jobs mengumumkan gadjet terbaru keluaran Apple selepas iPad iaitu Apple iPhone 4. Peminat Apple pastinya menanti pengumuman ini. Rekabentuk seperti yang didedahkan oleh Gizmodo baru-baru ini sememangnya tepat dan menyerupai seperti apa yang dilepaskan oleh Steve Jobs semalam.

Antara yang menarik dengan keluaran terbaru ini ialah rekabentuk, spesifikasi, dan fungsi yang mengagumkan.

1. Fungsi

FaceTime – Panggilan video melalui Wi-Fi adalah ciri terbaru iPhone 4. Dengan iPhone 4, ada bebas membuat panggilan video antara iPhone 4 melalui Wi-Fi. Tetapi anda pasti kecewa kerana anda tidak boleh membuat panggilan 3G kerana FaceTime ini menyerupai Skype-based, hanya peranti dengan peranti.

Multitasking – Dengan iPhone 4, pengguna bebas menjalankan perisian pihak ketiga dan kembali ke paparan lain dengan segera tanpa memperlahankan prestasi perisian yang dijalankan atau menggunakan bateri dengan banyak.

HD Video Recording and Editing – Rakam video dengan resolusi tinggi walaupun dengan tetapan low-light dan sunting di iPhone 4 dengan fungsi terbaru perisian iMovie. Pemproses A4 membantu anda menjalankan kerja-kerja suntingan dengan lancar.

2. Rekabentuk

Enginereed Glass – iPhone terkenal dengan permukaan kaca yang kukuh dan stail. iPhone 4 dikukuhkan dengan kekuatan kimia sehingga 30 kali lebih daripada plastik dan bebas daripada calar.

Retina Display – Paparan LCD bersaiz 960 x 640 dipaparkan dengan 326 piksel per inci menjadikan skrin telefon beresolusi tinggi yang terbaik pernah dicipta. Teknologi IPS menyediakan paparan warna dan kontrast dari pelbagai sudut pandangan.

Stainless Steel Band – Berfungsi sebagai antena, jaluran aloi di sekeliling iPhone 4 ini dibina dengan teknologi Apple dikuatkan sehingga lima kali berbanding aloi biasa menjadikan iPhone 4 lebih tahan lasak.

Camera + LED – Dilengkapi dengan kamera 5 megapiksel bersama flash LED terbina dalam. Kamera ini mempunyai kemampuan untuk membuat rakaman HD video.

Mic + Speaker – iPhone 4 dilengkapi dengan dua mikrofon, di sebelah speaker untuk panggilan FaceTime, arahan suara dan memo. Mikrofon kedua diletakkan di atas sebelah jack fon telinga untuk panggilan telefon dan panggilan video yang lebih baik yang mana menghalang bunyi bunyi bising daripada mengganggu perbualan.

Fungsi Lain

Banyak fungsi baru dan penambahbaikkan diperkenalkan oleh Apple. Antaranya ialah penambahbaikkan sistem E-mail, folder untuk aplikasi, iBooks, wallpaper sendiri di Home Screen, Photo Album dengan kebolehan tag muka dan tempat, dan pemeriksa ejaan.

Spesifikasi

Didatangkan dengan 16GB dan 21GB, hitam atau putih menjadikan iPhone 4 adalah sebuah gajet yang mengujakan. 5 megapikel dengan kebolehan rakaman HD, menjadikan memiliki iPhone 4G adalah lengkap. Spesifikasi penuh iPhone 4G di sini.

Dapatkan iPhone 4

Pra-tempahan untuk Apple iPhone 4 akan dimulakan pada 15 Jun dan akan mula berada di pasaran pada 24 Jun. Untuk pasaran Malaysia, belum ada tarikh yang diberikan oleh pengeluar. Apa tunggu lagi, buat tempahan anda, harga yang diletakkan di laman web Apple ialah USD$199, dengan kontrak. Via Apple iPhone 4.

Comments

11 responses to “iPhone 4, This changes everything. Again.”

  1. aleh Avatar

    perrrgggh..dah lama ngidamkan iphone ni..cuma tak ada duit jerk nak bli..heeheehee..
    .-= aleh´s last blog ..Belajar asas seo – onpage seo =-.

    1. Adam Roslan Avatar

      Haha. Duit yang monitized dari blog tu dah cukup kot beli iPhone 4 ni bro? Keh keh.

  2. Neo Avatar

    Cool…
    .-= Neo´s last blog ..Selingan berdating.. =-.

    1. Adam Roslan Avatar

      Memang sangat cool. Bila nak sambar satu bro?

  3. RandomApples Avatar

    wwuuu..reka bentuk tak seksi sgt..heheh
    .-= RandomApples´s last blog ..Picnic At Damai Beach =-.

    1. Adam Roslan Avatar

      Kenapa tak sexy? Dah tak bulat lagi ke bro.
      Apa-apa pun terbaik neh. :)

  4. zik Avatar

    wah.. macam2 dia punya function… duit nya pun kena macam2.. la.. hehe
    .-= zik´s last blog ..Cuti sekolah sudah bermula! =-.

    1. Adam Roslan Avatar

      Haha, begitulah ceritanya. Kalau kereta, yang ni dah jadi R8 kot.

  5. Paradise Avatar

    Hello, nice to meet you too ;)
    .-= Paradise´s last blog ..Sentosa Trip =-.

  6. Dr House Avatar

    Belubang poket sebelum raya kalo beli menda ni nanti.

  7. Telefon bimbit terbaru Apple, Apple iPhone 4…

    Telefon bimbit ini diperkenalkan pada WWDC 2010 merupakan telefon bimbit terbaru dari Apple. Ianya adalah naik taraf dari versi iPhone 3Gs. Jika dilihat dari spesifikasi, banyak perubahan diperkenalkan. Antaranya adalah penggunaan sistem operasi baru y…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *